You can choose to be good as much as you can choose to be bad.
Nak atau tak nak.
Mahu atau tak mahu.
Itu yang menjadi soal.
Sebab pilihan tu hak semua orang.
Dalam kebanyakan masa.
Dua-dua, be good or bad.
Jalannya sentiasa terbuka luas untuk kita.
Tinggal lagi kita.
Yang kena pilih langkah kaki nak dihalakan ke mana.
Nak cuba jadi baik.
Allah akan tolong.
Nak terus jadi jahat.
Pun Allah akan tolong.
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
Ar-Rad
Ayat 11
Kita yang pilih apa yang kita nak buat dan siapa yang kita nak jadi.
Dan kalau nak kata orang akan kata macam-macam.
Tetap otak tu dalam kepala kau.
Letak paling tinggi dari semua organ badan.
Dan Tuhan tu kan memberi kita akal.
Jadi, fikir.
Mana yang betul, mana yang salah.
Mana yang baik, mana yang jahat.
Lepas tu, pilih.

No comments:
Post a Comment