Pages

Thursday, May 29, 2014

Secrecy



Apa yang tak mampu aku beritahu semua.
Apa yang tak mampu mulut aku kata.
Apa yang tak mampu aku kongsi sama.
Biar aku simpan dulu untuk diri aku saja.
Biar jadi rahsia.

Sampai nanti satu masa.
Bila kau dan aku jadi ‘kita’.
Bila dah jadi hak kau untuk tahu semua.
Dan bila masa tu tiba.
Aku akan kongsikan semua tanpa tertinggal pun satu frasa.

Dan untuk kasih sayang aku pada kau seorang.
Tak akan aku biar untuk kau merasa kurang.



Wednesday, May 28, 2014

Doa

doa itu penghubung bila mana jarak itu memisahkan.
doa itu bukan cuma dengan menadah tangan.
tapi juga pada lintasan hati dan ingatan.

buat mereka-mereka yang dekat walau bukan pada jarak.
moga Tuhan jagakan.
biar tetap merasa mesra.
biar tetap kekal setia.
biar tetap percaya.
biar rasa tidak pudar.
biar jiwa tidak terbiar.
biar hati tidak terasing.

doa itu tentang pinta-pinta kita pada Tuhan.
apa yang terpaling kita mahukan.



Tuesday, May 27, 2014

Ordinary

diam.
dan perlahan-lahan aku hadam.
ada rindu yang bergayut di pundak kecil hati yang aku pendam.
menghimpun dan kemudian luruh menjadi hujan.

dan dalam bisik-bisik kecil aku pada Tuhan.
aku harap kita baik-baik aja.
aku harap kita seperti 6 bulan sebelum segalanya bermula.
aku harap ada akhir yang indah untuk semua.
aku harap segalanya akan seperti yang kita rancang dari mula.
aku harap kau tak lupakan ‘kita’.

dan maaf juga.
kalau kau tak boleh rasa kasih sayang yang aku semai dan tanam untuk kita.
mungkin aku sudah lupa tekniknya.
mungkin belum cukup gembur tanahnya.
mungkin belum cukup kasih yang aku baja.
mungkin juga kerna terlalu lama ianya kontang tanpa rasa.

dan ingin aku kata.
juga mahu kau ingat sama.
aku tak mencari lelaki sempurna.
aku terima apa adanya.
dalam kurang dan lebihnya.
dalam lemah dan kuatnya.
dalam rajuk dan manjanya.
dalam diam dan marahnya.
dalam tawa dan hibanya.
aku tetap disisi tak berkurang seinci.

aku tak minta dilayan seperti puteri raja.
aku juga bukan bidadari syurga.
aku cuma perempuan biasa.
yang tersangat biasa.
yang tak perlukan perkara-perkara besar untuk kau buat aku jatuh cinta.
cukup dengan ucapan selamat dah membuat hati aku berbunga.

aku yang biasa-biasa.
juga mahu kau yang biasa-biasa.
kerana yang biasa-biasa itu tetap indah pada tempatnya.
tanpa bersandar pada apa-apa.
tapi cuma kita yang biasa-biasa untuk jadi luar biasa.
dan menjadi sempurna.

Tuesday, May 6, 2014

Gift


Kita manusia.
Tak boleh dapat semua apa yang kita minta.

Tapi ironinya.
Tuhan tahu apa yang kita perlu ada.
Tanpa kita minta.
 Dah tersedia.