Pages

Wednesday, June 16, 2021

Dari Kerani ke 'Kulikutif'

 Assalamualaikum.

Bertemu kembali dalam ruangan blog hari ni.

Seperti yang diperkatakan dalam entri lepas, banyak yang terjadi dalam hidup sepanjang beberapa tahun sebelum ni. Antaranya bertukar kerjaya daripada kerani biasa kepada jawatan yang lebih tinggi pangkatnya.

Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah berikan.

Sudah hampir 7 tahun dalam jawatan sekarang setelah genap 3 tahun bekerja sebagai kerani dalam syarikat konsultan. Boleh dikatakan dekat tempat kerja lama banyak buat kerja rojak, macam-macam kerja buat dari kerja angkat telefon, fail dokumen sampailah kepada kerja-kerja berat yang dipertanggungjawabkan. Kerja ok, bos baik tapi part gaji yang agak kecil memaksa untuk mengambil keputusan bertukar kerja.

Masa dipanggil untuk temuduga, bos yg interview siap cakap macam ni,

"Keciknya gaji awak, Kesiannya." Memang tak padan tahap pendidikan dengan gaji dulu tu, and the rest is history.

Alhamdulillah, 03/07/2014 selamat diterima bekerja di syarikat sekarang dan masih bertahan sampai ke hari ini. Bermulalah kerjaya sebagai assistant officer dan sehingga sekarang memegang jawatan sebagai 'kulikutif'. Bukan untuk berbangga, tapi cukup untuk hidup yang selesa dan menyenangkan hati orang tua.

Kerjaya sekarang lebih berfokus dan boleh dikatakan lumayan juga gajinya. banyak ilmu yang dipelajari, rakan kerja yang baik, bos yang sangat baik serta persekitaran kerja yang selesa. Hampir juga berhenti kerja kerana nak menamatkan zaman bujang tapi rezeki Allah masih menetapkan disitu letaknya. bos tak bagi berhenti malah dinaikkan pangkat lagi.


Syukur. Terima kasih Allah untuk rezeki yang Engkau berikan.

Till we meet again.

Adios.


Tuesday, June 15, 2021

Sireh Pulang Ke Gagang

 Assalamualaikum semua.


Dah lama tak menaip di blog. Entri terakhir mungkin sudah bertahun yang lalu. Dan selama itu, dah banyak perkara yang berlaku dalam hidup.

Nak dicerita satu persatu, mungkin takkan habis menaip sampai ke esok hari. mungkinkah akan ada entri yang seterusnya?

Tunggu sahaja kemunculannya.

Rindu nak menaip dan blog walking.

Till we meet again.

Adios.

😊

Tuesday, October 27, 2015

Happy Birthday

Surah Maryam.

Moga dilimpahkan kebaikan dan rahmat Tuhan sepanjang hidup.

Allahumma, amin.

Dear Self,
Happy Birthday
May Allah bless

Oktober 27, 2015
Muharram 14, 1437H

Wednesday, July 22, 2015

Untitled


Mengapa begitu mudah kasih terhenti?
Mengapa begitu mudah cinta mati?

Betapa.
Tamsilan rasa hati umpama telapak tangan.
Amat mudah dibolak-balikkan.
Hari ini ada.
Esok mungkin tiada.
Kekalnya tak tahu sampai bila.
Hari ini untuk kita.
Esok-esok entah pada siapa.

Sungguh.
Hati dan jiwa tiap manusia itu.
Berada dalam genggaman Tuhan.

Dan Dia.
Yang paling tahu siapa kita.

201507220911
Senai
Syawal 6, 1436

Sunday, June 7, 2015

Death

Hidup.

Hakikat hidup adalah kematian.
Yang pasti datang.

Tibanya tak ketahuan.
Tak tercepatkan.
Tak terlewatkan.
Tetap mengejar.
Walau diri bersembunyi
Di balik dinding-dinding yang kukuh berdiri.

Allahu.
Moga diberi sempat untuk melafaz taubat.
Moga diizin melangkah meski payah.

Aku mahu.
Saat Kau panggil aku pulang.
Aku bersih diri.
Aku suci hati.
Itu bahagia paling hakiki.

Daun yang gugur ke bumi.
Bukan cuma daun yang kering tangkainya.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Thursday, June 4, 2015

Terbang

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa.
Jangan kau biarkan aku mendepang dada.
Pasakkan hatiku pada kaki.
Paksakan ku tunduk sehingga mati

#Terbang tunduk
#Fynn Jamal

Itu antara bait kata yang aku suka dengar.
Betapa dalam maknanya.

Benar.
Setinggi mana kau terbang.
Sejauh mana kau berjalan.
Itu semua datang dari Tuhan.

Maka,
Biar terus tunduk dan akukan.
Yang semuanya milik Tuhan.
Cuma diberi pinjam barang sebentar.

Wednesday, May 27, 2015

Waktu Yang Berbaki

.
.

Waktu.
Selalu buat kita keliru.
Antara mahu menunggu.
Atau dibiar berlalu.
Barangkali juga.
Kita yang duluan melangkah laju meluru.

Kadang.
Waktu juga buat kita sesalkan
Apa yang sudah tertinggal di belakang.
Waktu juga mampu bikin setiap momen
Selalu berulang tayang.
Waktu itu bisa saja membuat kita sakit
Tanpa luka yang berbayang.

Maka,
Disetiap baki waktu yang masih ada.
Nikmati tiap helanya.
Kerna yang semalam tak mampu nak diulang semula.
Dengan rasa yang sama.