Pages

Thursday, October 11, 2012

Alkisah

Suatu hari di sebuah universiti tempatan, kelas syariah berlangsung seperti biasa. Hari itu diskusi bab munakahat. Tampaknya lebih diminati oleh para pelajar, mana taknya semua hadir tanpa seorang pun absent. Perhatian lebih fokus, pelajar lelaki tersengih-sengih. Pelajar perempuan malu-malu kucing.

Lantas seorang student muslimah mengajukan soalan menarik pada tutornya, Ustaz Ahmad Saifuddin..


Student: "Pada hemat ustaz, bagaimanakah cara yang munasabah, baik, dan syari'e untuk seseorang wanita itu mendapatkan jodoh? Sememangnya jodoh itu telah ditetapkan, maksud saya di sini..dari segi usaha dan ikhtiarnya. Boleh ustaz jelaskan?"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Moga Allah merahmati kamu. Soalan yang baik. Pertama sekali, cari dan nilai sendiri, lihat kepada mana-mana lelaki yang berkenan dan layak untuk kita. Beritahu sendiri atau melalui rakan-rakan baik lelaki itu. Apabila lelaki itu terima, maklumkan sahaja kepada ibu bapa dan langsungkan segera. Pastikan lelaki itu masih tiada sesiapa. Nanti malu pula."

Pelajar lelaki mencelah: "Ya ustaz, metode kedua please!"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Baik, jalan yang kedua adalah, minta orang lain cari. Sebaiknya minta daripada orang-orang yang berpengalaman dan soleh untuk mencari jodoh yang sesuai untuk kita termasuk ibu bapa kita juga. Kita terima sahaja apa yang dicadangkan oleh beliau. Tanpa melihat rupa, kerjaya dan apa sahaja. Jika tidak mampu untuk menerimanya, kembali kepada cara pertama. Apabila sudah ada, solat istikharah dan rasa kecenderungan hati. Jangan tunggu mimpi. Bila ada rasa cenderung padanya, terima dengan hati terbuka."

Student muslimah: "Ada jalan alternatif?"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Berserah kepada Allah sepenuhnya. Tidak mencari dan tidak meminta sesiapa mencarinya. Namun terus berserah kepada Allah 100%. Buka pintu hati untuk menerima mana-mana lelaki yang ikhlas untuk memikul tanggungjawab itu. Solat istikharah memohon restu dari Allah. Rasa kecenderungan hati itu dan cuba bertanya kepada orang yang berpengalaman. Sekiranya terlintas di fikiran, "Dia belum ada kerja lagi," atau "Dia kurang kacaklah," atau "Dia degree pun tidak ada." Sekiranya terlintas demikian, itu kita sudah membuat penilaian sendiri. Jika mahu berpegang dengan apa yang kita nilai itu. Sebaiknya kembali kepada cara pertama."

Student muslimah: "Tidak salah kan jika wanita memilih?"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Memilih tidak salah. Terlalu memilih dan cerewet mungkin salah. Wanita tidak banyak peluang untuk memilih berbanding lelaki yang terbuka slotnya empat kali.

Pilihlah yang buat hati kamu tenang, buat agama kamu menjadi lebih baik, buat ilmu kamu makin bertambah, buat kehidupan lebih bermakna, buat Allah lebih cinta, buat kamu lebih kasih pada Dia. Susah senang dia bersama."

Student muslimah tersenyum kecil.

- Syabab Musafir Kasih

Friday, September 21, 2012

Peta Hidup


Tengok pada peta
Lihat pada diri
Di mana kita berada sekarang ini
Tanya pada hati berapa lama masa berbaki
Untuk mencari bekalan buat diri
Kita pilih sendiri 
Ke mana arahnya diri
Bila masa terhenti
Bila sampai ke perhentian abadi

Batu Pahat
(20120921 : 11.43 am)

Thursday, September 20, 2012

Syukur



Allah tak janjikan jalan hidup ini mudah untuk kita
Kadang-kadang kita jalan atas denai yang dingin dan lembut
Kadang-kadang kita jalan atas onak duri yang mencucuk tajam
Kadang-kadang kita lalu jalan yang luas terbentang
Kadang-kadang kita lalu jalan hutan
Tapi kita kena percaya setiap jalan yang kita dah lalui
Adalah jalan takdir yang Dia dah tentukan sejak kita belum lahir
Kita cuma mampu mentadbir sebaik takdir
Dia tak jadikan sesuatu itu sia-sia
Kena yakin, kena pasti ada hikmah di sebalik semua ini
Dia menguji dengan kesusahan dan kesenangan
Dan ujian kesusahan itu selalunya membawa kita untuk lebih dekat kepada Tuhan
Jangan bandingkan jalan hidup kita dengan orang
Kadang kita melihat jalan hidup orang lain itu mudah untuk di tempuh
Tapi rintangan dan halangan yang mereka lalui tak pernah kita tahu
Kita melihat pelangi indah di atas kepala orang lain
Tanpa kita sedari pelangi di atas kepala kita lebih indah
Belajar bersyukur dengan apa yang kita ada untuk hari ini
Sebab sesuatu yang kita cari untuk hari esok belum pasti kita temui
Dan bila hari ini menjadi semalam
Kita masih ada sesuatu yang indah untuk dikenang
Syukur..syukur..dan syukur..
Alhamdulillah

Batu Pahat
(20120920:12.22 pm)

Bosan



Kebosanan
Dalam ruang sempit yang menghimpit
Yang kedengaran hanya radio usang yang berdendang
Berteman dengan bunyi penghawa dingin yang ligat berputar
Kau di sudut sana diam berteleku
Leka dengan sesuatu diam tak terkutik
Menunduk dengan senyum tersungging
Sambil tangan membelai rambut yang berjuntai
Aku dihinggapi rasa pelik
Hairan dengan tingkah aneh si pelaku
Dari mana kau datang?
Dari planet yang sama atau dari daerah asing
Kau terkadang hidup dalam dunia ciptaan sendiri
Jauh dari putaran hidup di ruang sempit itu
Terkadang kau memandang kosong tanpa perasaan
Terkadang kau mendengar tanpa tahu pokok perbincangan
Terkadang kau mencelah jatuh dari atas awan
Terkadang kau sibuk umpama ribut putaran alam
Terkadang kau duduk santai seperti berkelah di tepi pantai
Aku terkadang memandang kau dengan seribu persoalan menujah fikiran
Tingkah kau terkadang mengundang gelak tak ingat dunia
Juga kadang-kadang mengundang marah dan geram sampai rase nak pecah dada
Kau memang aneh..aneh dan aneh..

Batu Pahat
(20120920:12.08 pm)

Wednesday, September 19, 2012

Sepasang Kasut: Analogi Sebuah Kehidupan



“Cantik kasut awak” tegur orang di sebelah.

“Biasa-biasa je” Mata memandang pada sepasang kasut yang tersarung di kaki.

“Tak..kasut awak cantik sangat..saya teringin nak ada kasut macam awak’

“Awak nak tahu tak apa saya rasa bila saya pakai kasut yang awak cakap cantik ni?" soalan di lontar tanpa nada.

"Awak rasa apa? Mesti awak bangga kan sebab orang puji kasut awak cantik"

"Tak. Saya rasa sakit sebab kasut ni ketat, kecik. Saya tengah tahan kaki saya yang tengah melecet sebab pakai kasut ni. Saya tak suka kasut ni sebab dia buat kaki saya rasa sangat sakit."

"Dah tu, kenapa awak masih lagi pakai kasut ni kalau awk rasa tak selesa?"

"Sebab inilah satu-satunya kasut yang saya ada untuk terus berjalan. Memang ramai orang puji kasut saya cantik tapi orang tak tahu apa yang saya rasa bila setiap kali saya sarung kasut ni. Dan saya tak pernah pun berasa bangga dengan pujian tu, cuma terselit rasa bersyukur sebab sekurang-kurangnya saya masih ada kasut untuk berjalan." mendatar jawapannya sambil mata merenung terus ke dapan.

Friday, January 6, 2012

Talkin Yang Menggerunkan

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam


Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembalai menghadap hadrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berduka cita dan risau
Serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad Nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak.
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air Nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu di sisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan member sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan member keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini
dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “ Kullu nafsin za iqatul maut”.
Firman Allah SWT, “ Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasullullah SAW bersabda: “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..”


Wallahu'alam..

Thursday, January 5, 2012

Nikmat

Nikmat jangan sampai menjadi laknat,
Kena sentiasa beringat,
Allah beri ujian dengan musibah dan nikmat,
Kena sentiasa bersyukur bila nikmat mendekat,
Barulah hidup berkat,
Kena sentiasa bersabar bila musibah merapat,
Barulah dinaikkan darjat,
Hidup pun sentiasa dibawah lembayung rahmat..
------------------------------------------------
Hidup bukan hanya light and easy,
Hidup kadang kala hard and crazy,