Pages

Monday, April 28, 2014

Rindu

Di dalam hati aku.
Ada sebal-sebal rindu buat kamu.



Yang harum baunya saja
Sudah cukup membuat aku sesak.
Sesak yang tepu.
Yang mampu membuat mata aku tiris.
Untuk menghujan bertalu-talu. 

Namun ianya cuma menimpa hati.
Tak bertepi.
Dan lahir menjadi puisi.
Puisi rindu.


Thursday, April 24, 2014

Chat

Musibah dan ujian.
Jika dilihat dari luar ianya memang membebankan.

Tapi andai kita melihat sedikit dalam.
Musibah dan ujian itu adalah peluang.
Untuk kita meningkatkan martabat iman.

Letakkan bebanan dan musibah itu di bawah kaki kita.
Bukan di atas kepala.

Bila dibawah kaki.
Ia akan meninggikan kita.
Dengan maksud meninggikan martabat dan pengalaman kita dari sebelumnya.
Ianya umpana anak-anak tangga yang kita pijak untuk sampai ke puncak.

Dan kalau diletak di atas kepala.
Memang kita sentiasa akan rasa terbeban.
Yang membuat kita sering tenggelam dalam perasaan.



Ini antara isi sembang pagi bersama seorang sahabat.

Benar.
Manusia itu selalu lupa.
Maka itu perlunya untuk selalu diingatkan.
Maka itu perlunya juga untuk berlapang dada menerima teguran.

Berpesan-pesan dengan kebenaran.
Berpesan-pesan dengan kesabaran.
[Al-'Asr:3]

Thursday, April 3, 2014

Fate



Untuk kita tak bertanya dan pertikaikan apa yang dah terjadi.
Mari sama-sama kita pasakkan dalam hati.

Bahawa:
Setiap keadaan.
Terjadi dengan izin dan kehendak Tuhan.
Mungkin memang itu yang dah Tuhan takdirkan.
Dah tercatat dalam kitab hidup kita sebelum kita dilahirkan.
Tiap-tiap satu yang dah ditentukan.

Takdir.
Buat kita terima bulat-bulat tanpa bantahan.
Buat kita diam walau banyak yang nak kita suarakan.
Buat kita tunduk dalam rasa ketidakadilan.

Takdir.
Jawapan untuk setiap kenapa dan mengapa kita yang diuji Tuhan.
Doa itu senjata sebagai benteng untuk bertahan.

Sabarlah dalam menerima dan menanti ketentuan Tuhan.
Kesabaran orang yang sabar Tuhan tak sia-siakan.


Wednesday, April 2, 2014

Bittersweet

Untuk aku tak merasa sakit.
Aku telan segala kapsul pahit.
Yang mampu membuat kantuk terpalit.



Biar aku pulas dalam tidur.
Hingga terlihat jalur putih di ufuk timur.
Dan aku masih bisa bangkit dengan sepenuh rasa syukur.
Meninggalkan semalam yang membuat aku jatuh tersungkur.