Pages

Wednesday, May 27, 2015

Waktu Yang Berbaki

.
.

Waktu.
Selalu buat kita keliru.
Antara mahu menunggu.
Atau dibiar berlalu.
Barangkali juga.
Kita yang duluan melangkah laju meluru.

Kadang.
Waktu juga buat kita sesalkan
Apa yang sudah tertinggal di belakang.
Waktu juga mampu bikin setiap momen
Selalu berulang tayang.
Waktu itu bisa saja membuat kita sakit
Tanpa luka yang berbayang.

Maka,
Disetiap baki waktu yang masih ada.
Nikmati tiap helanya.
Kerna yang semalam tak mampu nak diulang semula.
Dengan rasa yang sama.

Wednesday, May 20, 2015

Dialogue: About Trust

"Did you love along?"

*pause*
Krik..krik..

"Love need trust."

*pause*

***********

"Macam mana kita nak percaya sesuatu yang kita susah @ tak boleh nak percaya?"

*tarik nafas sblm jawab*

"Ikut kata hati, dekat situ ada jawapannya sendiri."

**********
"Aku boleh maafkan dia, tapi aku dah tak percayakan dia lagi."

"Habis tu, macam mana kau nak bercinta kalau kau dah tak percayakan dia lagi?"

*pause*
Buang pandang ke luar tingkap mencari jawapan.

***********

Minggu-minggu kebelakangan ini, waktu-waktu senggang yang aku isi dengan menonton drama melayu menghadiahkan aku dengan dialog-dialog yang sebegini. Jujurnya, aku cukup terkesan.

Asas pada setiap hubungan adalah rasa percaya. Itu adalah dasar pertama yang Tuhan ajarkan menerusi rukun iman. Membina iman atas percaya pada 6 rukun yang menjadi tunjang.

Mungkin, aku kira begitu juga dalam membina cinta sesama kita, manusia. Cinta pada ibu ayah mengkehendaki kita akur dan percaya marah mereka adalah kerana sayangkan kita. Walaupun ada tindakan mereka yang tak kita senangi pada mulanya.

Dan mungkin, tatkala keraguan mula mencari peluang untuk masuk ke dalam ruang hati, pada saat itu juga kita perlu kembali kepada percaya pada Tuhan. Belajar berbaik sangka atas setiap kejadian.

Monday, May 18, 2015

Comeback

Hampir setahun berlari.
Dari menulis di sini.
Kini kembali mengisi hari.
Berkongsi isi hati.
Walau bukan semua sekali.