Pages

Monday, December 30, 2013

Purpose

Hidup.

Hakikatnya perjalanan menuju kepada Tuhan.
Maka, redha dia yang patut kita rebutkan.
Bukan perhatian orang.

Friday, December 27, 2013

A Dream, A Plan & A Destiny

Di setiap impian yang belum nampak nyata di depan mata.
Juga untuk perancangan yang masih belum sempurna adanya.
Moga yakin dan percaya itu tetap teguh pada Dia.
Kukuh tak rapuh.

Dan kalau yang terjadi jauh dari impian dan perancangan yang ada.
Moga Dia pelihara hati dari kecewa.

Dan di setiap jatuh yang berkali-kali.
Sentiasa ada bantuan Dia untuk bangkit kembali.


Thursday, December 26, 2013

Trust



Kepercayaan tu macam kertas putih yang baru.
Sekali kau dah renyukkan.
Seribu kali kau betulkan pun tak akan mampu nak kembali ke asal.

Maka, itu salah kau yang membunuh percaya orang.
Jangan kau salahkan orang yang tak lagi percaya pada kau sekarang.

Selagi orang masih percaya.
Maka, jaga.


Wednesday, December 25, 2013

Thing that questioned

Yang dipersoal nanti.
Bukan tentang apa yang kita dapat dekat dunia.
Tapi apa yang kita bawa pulang dari apa yang kita dapat untuk ke dunia ‘sana’.

Yang ditanya bukan sijil-sijil akademi kita.
Tapi ilmu itu.
Ke mana kita manfaatkan.

Yang ditanya bukan banyak mana duit yang kita ada.
Tapi harta itu.
Ke mana kita belanjakan.

Dan untuk soalan-soalan yang bakal dipersoal.
Dah kita persiap dengan jawapan tanpa gagal?

Tuesday, December 24, 2013

Time Elapse

Masa.
Kalau pun tak mampu nak melenyapkan segala rasa yang pernah ada.
Sekali pun tak mampu nak sembuhkan segala sakit yang dirasa.

Tetap juga mampu memberi lega.
Bila hikmah ujian itu terlihat jelas depan mata.


Dan buat kita bersyukur.
Atas kehendak-kehendak yang tak diperkenan Tuhan.

Life was not easy

Tuhan tak pernah berjanji.
This life will be easy.

Sebab dunia itu Darul Imtihan.
Alam ujian.
Semuanya.
Dari sekecil-kecil benda.
Sampai sebesar-besar perkara.
Semua itu ujian Tuhan.

Susah ujian.
Senang ujian.
Sedih ujian.
Bahagia ujian.
Sihat ujian.
Sakit ujian

Tapi dalam ujian-ujian itu.
Tuhan minta kita sabar dan solat.
Untuk dapatkan bantuan.

Dia janji.
Walau apa pun yang jadi.
Dia tetap ada dekat sisi.


Monday, December 23, 2013

Fahaman

Tak semua yang kita faham akan difahami oleh orang lain dengan fahaman yang sama.
Memang akan ada beza.

Yang kita anggap penting.
Mungkin bagi orang lain enteng.

Saturday, December 21, 2013

Apart



Yang membuat jauh.
Bukanlah kerana terpisah dengan jarak fizikal.

Tapi yang menjauh itu bila sudah berjarak hati.


Friday, December 20, 2013

Unheard

Untuk doa-doa yang dikirimkan.
Moga sentiasa dibalas dengan doa dari malaikat-malaikat Tuhan.

Thursday, December 19, 2013

Come and go



Dalam hidup.
Manusia memang datang dan pergi silih berganti.
Hari-hari tak berhenti.

Yang datang bawa ceria.
Yang datang bawa senyum semanis gula.
Yang datang bawa pahit dan derita.
Yang datang bawa luka.
Yang datang bawa masalah sama.
Cukup segala perisa.

Dan semua yang datang.
Ada tinggalkan kenangan.
Dan semua yang pergi.
Juga tinggalkan pengajaran untuk sama-sama belajar.

Dan juga.
Dalam ramai-ramai yang datang dan pergi.
Memang kita berhak untuk memilih sendiri.
Siapa yang patut menetap masuk dan siapa yang patut meninggal pergi.


Tuesday, December 17, 2013

The poor that poor



Segala-gala apa yang kita ada dalam dunia.
Kalau bukan kerana Tuhan punya kuasa.
Kalau bukan kerana izin dan kehendak Dia.

Kita hanyalah si miskin yang papa.
Yang tak ada apa-apa.

Maka, jangan sombong hidup atas dunia.
Jangan menghina suka-suka.
Jangan pandang rendah pada siapa-siapa.
Sebab yang kita ada pun yang memberi itu semua adalah Dia.

Sedang kita.
Untuk punya rasa bersyukur itu pun adalah rahmat Tuhan.


Monday, December 16, 2013

Trial

Ujian tu.
Nak tak nak.
Mahu tak mahu.
Memang untuk kita hadap hari-hari.
Tanpa pilihan.

Selagi hayat dikandung badan.
Selagi masih bergelar insan.
Selagi sedar kita cuma hamba Tuhan.

Maka, hadap.


Thursday, December 12, 2013

Hidden



Bila yang kau nampak.
Cuma senyum lembut yang terukir di bibir.
Tapi yang kau tak tahu.
Hatinya.
Entah berapa banyak air mata yang mengalir.

Dan bila yang kau dengar terucap di bibir.
Cuma kata ‘tak apa’ dan ‘tak kisah’ atas apa saja yang orang kata.
Ditambah dengan riak muka yang selamba.
Hatinya.
Entah sekuat apa dia cuba mengawal rasa dari terbias keluar pada riak muka.

Dari kata ‘tak apa’ dan tak kisah’ dia.
Dari senyum lembut dan manis gulanya.
Carilah cuba untuk kau faham.
Memang ada soalan tanpa jawapan.

Mencari jawapan.
Buat kau jumpa lagi banyak persoalan.
Dan bila kau tanya ‘kenapa?’
Maka akan terus bersambung dengan ‘kenapa?’ yang panjang.



Kau itu buat aku.
Dia itu buat sesiapa saja.
Semua jiwa.