Pages

Friday, May 31, 2013

Rasa Itu.

Hari.
Yang buat hati lebih kuat merasa.
Yang buat mata jadi lebih berkaca.

Bukan nak dirungutkan jalan yang sudah diatur di depan.
Bukan tak disyukurkan nikmat yang sudah dicukupkan.

Untuk segala nikmat yang dah diberi.
Yang dah digunapakai tiap inci.
Yang tak mampu dihitung kira jari.
 
Syukur itu aku ulang tiap hari.
Bertali-temali.

Cuma.
Seringkalinya.
Rasa payah dengan apa yang mendatang.
Buat hati lemah. Lelah.
Mengalah.

Aku minta.
Diringankan beban.
Dimudahkan jalan.
Diberikan kekuatan.
Dilapangkan hati menerima ujian.

Aku tahu.
Kau yang paling tahu.
Sebelum aku adu.

Rapuh hati aku.
Jangan kau biar terus derai pecah tak tercantumkan.
Resah hati aku.
Jangan kau biar terus tenggelam dalam perasaan.

Redakan hati aku yang resah tak menentu.
Tetapkan hati aku yang goyah melulu.

Pada janjimu.
Aku masih pohon restu.
Moga Kau perkenankan satu-persatu.
Moga Kau penuhkan satu-satu hati aku dengan cintaMU.

Aku nak Kau tetap pandang aku.
Tak berkalih walau sedetik waktu.

Aku nak Kau tetap pegang aku.
Tak terlepas walau aku buruk laku.

Kau. Rabbi.
Aku perlukan Kau tiap waktu.
Tak terhitungkan.

#Aku. Sungguh tak tahu. Kenapa tiap kali Jumaat tiba. Aku jadi hiba. Mata berkaca.

Thursday, May 30, 2013

Rawan

Kadang-kadang, ada benda yang nak dicerita.
Tapi tak mampu nak diluah pada sesiapa.
Hanya bergema dalam ruang sunyi hati kaca.
Paling jauh. Paling dalam.
Menjerit minta dilontar keluar.
Tapi empunya tuan tak mampu nak suarakan.
Lalu dibisik kecil pada Tuhan.
Yang Maha Mendengar.
Walau sudah dipengetahuan.

Kadang-kadang, ada masalah yang sudah diceritakan.
Pada manusia kiri kanan yang meminjamkan telinga utk didengarkan.
Tapi , masih tak kunjung tenang.
Hati masih mendongkol. Sakit menggigit.
Ada yang masih belum selesai.
Lalu diadu rawan dalam sembah munajat yang panjang.

Sungguh.
Pada Tuhan itu ada ketenangan.
Pendengar setia. Penyelesai masalah yang ada.


Wednesday, May 15, 2013

Menjentik Jiwa



Berdepan dengan turun naik kehidupan. Kadangkala membuat kita lemah. Letih. Penat. Putus asa. Dan segala macam lagi rasa yang tumbuh membunuh yakin diri.
Nasihat seorang teman yang terkesan. Membuat minda diketuk dan jiwa dijentik. Bahawasanya segala yang terjadi adalah takdir dan ketetapan Ilahi. Dia memberi segala yang terbaik untuk kita. Kehidupan kita. Tinggal lagi kita yang perlu merafak sembah sujud syukur pada Dia atas segala kurnia. Atas segala nikmat yang tiada nilai taranya.
Di nukil nasihat teman untuk perkongsian bersama:
----------------------------------------------------------------
Saya ambil contoh pengalaman saya sahaja...
Silap kita bila kita lihat orang yang senang, tapi kita tidak lihat mereka yang susah dari kita..
Kesenangan dia dah Allah tetapkan, sama ada ia beribadah atau tidak Allah tetap akan memberinya.. itu lah sifat ar Rahman.. Allah tetap akan memberi walaupun ia kafir..
Tapi Allah bagi sifat Ar Rahimnya hanya pada umat yg beriman kepada NYA di dunia dan akhirat..
Bentuk ujian pun adalah rahmatNya kepada orang beriman agar ia memperolehi sifat ar rahimNYA di akhirat nanti..
Berbeza pada mereka yang tak beriman.. sifat ar Rahim NYA tidak diberi kepada mereka..
Surah Ar Rahman ada jawapan di sana bagi mereka rasa tidak cukup dan rasa sentiasa di uji.. cuba tadabur setiap ayatNYA.. salah satunya yg bermaksud "Maka nikmat Tuhan mu yang mana kamu dustakan?"
Segala-galanya adalah nikmat, dikala sakit itu nikmat dalam menghapuskan dosa kecil kita, di kala susah adalah nikmat untuk mengingatiNYA, di kala senang adalah nikmat untuk kita bersyukur atas pemberianNYA..
Usah melihat manusia, lihatlah pada pencipta manusia tersebut.. mungkin Allah tengah mengujinya dengan kesenangan, sama ada ia ingat atau lupa kepadanya.. jangan lihat kesenangannya adalah kesenangan semata-mata...
Ujian paling berat bagi manusia apabila dia senang dia akan mudah lupa kepada penciptanNYA, berbanding mereka yang susah..
Aku pernah merasa susah, dan juga senang..
Kedua-duanya adalah ujian.. sama ada kita sabar atau bersyukur..
Jangan bergantung dengan usaha semata-mata, kerana usaha belum menjamin apa yg kita nak... Terapkan sifat tawakal bila melakukan sesuatu..
InsyaAllah pasti dipermudahkan...
Jangan berputus asa, teruskan usaha dan tawakal.. kerana Allah tidak suka pada orang yang berputus asa..
mungkin Allah tahan kesenangan kita, adalah untuk kebaikan kita juga dan mungkin kesusahan yang di beriNYA adalah untuk kebaikan kita juga..
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui." (Surah al-Baqarah:ayat 216)
Semoga Allah memberkati kamu sal.. teruskan berusaha dan tawakal..
Jaga rukun iman yg ke 6, kerana ramai manusia yang kecundang pada rukun iman ini... ketetapan Allah perlu kita redha...
Nasihat untuk diri saya sendiri dan juga rakan yang pernah saya kenali..
-----------------------------------------------------------------------------------
Menyentap tangkai hati.
Betapa tak bersyukurnya diri pada nikmat-nikmat Ilahi.
Kecundang iman pada rukun ke 6.

Ingatan untuk diri.
Jangan kita tenggelam dalam kesedihan yang panjang.
Allah itu tak membebankan.
Dia memudahkan.
Cuma kita yang degil nak fahamkan.

Terlalu yakin dengan usaha.
Sampai terlupa pada tawakkal yang patut seiring jalan usaha.
Kerana pada akhirnya.
Kita akan sedari.
Kita ini hanyalah hamba.
Yang layak meminta-minta.
Pada Dia.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [16:18]

Nak dihitung nikmat dengan jari.
Memang tak cukup nak dihitung kira.
Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan?

Tiada. Nil. Zero.
Semuanya cukup Tuhan.
Tak ada terkurang.

Untuk kamu, sahabat.
Terima kasih untuk nasihat itu.
Itu amat bermakna buat aku.
Yang sedang tersungkur.
Dalam berjuang untuk meneruskan kehidupan.

Untuk kamu.
Kamu tahu siapa kamu buat aku.