Pages

Wednesday, March 27, 2013

Respect = Hormat

Apa pun taraf kita, 
Tinggi atau rendah darjat kita.
Itu semua tak memberikan hak langsung kepada kita. 
Untuk merendah-rendahkan orang di kiri dan kanan kita.

Duduk dikerusi empuk dengan jawatan eksekutif.
Tak memberi hak kepada kita nak memandang rendah pada cleaner pejabat yang memegang penyapu di kanan dan bulu ayam di kiri.
Tak langsung.

Hormatlah mereka.
Mereka, sesiapa saja yang dikeliling kita.
Sesiapa pun mereka, mereka masih manusia.
Yang martabatnya sama saja dengan kita.
Yang kalau terluka jari, 
Darah yang mengalir masih merah warnanya.
Sama saja.
Jangan diperlekeh mereka yang rendah kedudukannya dari kita.
Jangan pula terlalu dimuliakan mereka-mereka yang lebih hebat pencapaiannya dari kita.
Sehingga kesalahan mereka dipandang tanpa mata. 

Hakikatnya, yang memuliakan mereka juga atas izin Dia.
Yang memberikan kita apa yang kita bangga-bangga kan awalnya juga adalah Dia.
Maka, apa hak kita nak berbangga-bangga dengan apa yang kita ada pada mulanya.
Sedangkan itu semua hanya pinjaman belaka.

Respect others, and they will respect you back in return.
Tidak mengapa, jika hormat kita dibalas sebaliknya.
Kerana dihujung nanti hormat kita tetap ada ganjarannya.
Tiada ruginya kita hormat-menghormati sesama insan.
Tiada ruginya.

Untuk apa berlagak hebat sedang kita tak punya apa-apa.
Malah papa.
Kalau tidak dengan izin-Nya.
Yang menaikkan martabat kita.   
    
       

Monday, March 18, 2013

Starting

To begin something new @ something good is always the hardest part at the starting point in life.
But always believe that  the end of each things is always the better than the starter.

Hidup ni, begitulah.
nak memulakan sesuatu yang baru dan baik itu pasti ada halangan.
Lebih-lebih lagi dalam ruang lingkup kehidupan kita sehari-hari.

Lain ceritanya bila kita memulakan sesuatu yang baru di tempat yang baru dikelilingi dengan orang-orang yang baru pula. Itu jauh lebih mudah.


Alang nak membiasakan diri kita dengan sesuatu yang betul dari kebiasaan pun terkadang payah. Terkadang jangkal kerana bukan kebiasaan. Terkadang pincang.

Memang, nak benda mahal dan indah.
Tak akan dapat dengan jalan yang senang dan mudah.
Mesti lalu jalan payah dan mujahadah.
Kena ada semangat yang tak pernah mengalah.  
Kena yakin dengan janji Allah.
Lepas susah, pasti ada mudah.
Barulah Ohseemm!! Barulah hidup penuh indah!!     

 

Friday, March 15, 2013

Tolong. Kuat. Ubah.

Siapa nak tolong kita.
Kalau bukan diri sendiri.
Siapa nak kuatkan kita.
Kalau tak kita kuatkan diri sendiri.
Siapa nk ubah kita.
Kalau kita tak ubah sendiri.
 
Orang cuma boleh simpati. 
Tapi kita yang rasa sakitnya diri.

Kayu yang menyangga pokok yang condong pun.
Hakikatnya hanya buat bantu menyokong.
Tetap akar pokok yang bertunjang.
untuk pokok hidup kekal menjulang.

Usaha. Usaha. Usaha.
Hasilnya. Itu Allah punya kerja.

Doa. Doa. Doa.
Allah dah kata.
Kau minta, akan Aku bagi. 
Pasti.   

Tawakkal. Tawakkal. Tawakkal.
Kau tak tahu.
Di depan sana apa yang menanti.
Tapi kau pasti.
Yang di depan itu. 
Siapa yang memegang janji.
  

Diam.Dengar.

Orang cakap kau nak cakap jugak.
Cuba kau diam sekejap.
Dengar dulu apa yang orang nak cakap.
Barulah kau faham.
 

Tak lama pun, tak sampai 5 minit kau kena diam tutup mulut.
Tak lama pun, tak sampai 5 minit kau kena dengar orang cakap.


Sekejap cuma, kau perlu tutup mulut, diam.
Sekejap cuma, kau perlu buka telinga, dengar

Kesian kau ni.

Aku simpati melangit.

Jangan salahkan aku.
Kalau aku diam tak berkutik.
Jangan salahkan aku.
Kalau aku muka kering tak beriak.

Tuesday, March 12, 2013

Cerita Syukur

kadang2 tengok orang yang hidup tak usaha, tak susah payah, tak berterik nyawa, tak berperah darah dapat hidup senang dan mudah--
rasa macam tak adil.

ye lah.
kita macam nak mampus keluar pagi balik petang,
dah buat SEMUA benda dalam buku teks dalam chapter "mahu berjaya dalam hidup"--
rajin, cekal, tekun, berusaha--
SEMUA--
masih rasa malang.

rasa iri.
benci.
busuk hati.

kenapa dia?
KENAPA tidak kita?

kemudian kita pergi cermin.
tengok setiap inci muka kita.
lalu cakap--
"kesian kau".

*pause*
selalu, kan?
:)

sekarang.
alang2 sedang tengok cermin.
kira.
ada berapa hidung? satu?
ada berapa mata? dua?
ada berapa telinga? dua?
ada berapa mulut? satu?
ada berapa dagu? satu?

aku boleh listkan lebih seratus benda yang CUKUP kat bahagian muka sahaja.

mari jadi orang bersyukur.

kalau kita tiba2 terlupa bagaimana--
ingatlah--
PASTI ada orang yang lebih susah dari kita.

ustaz kazim pernah cakap--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal dunia--
selalulah membandingkan diri dengan orang kurang rezekinya berbanding kita dalam dunia.

kita bising kereta kita buruk.
nasib baik.
ada orang naik motor.
kita bising motor pancit selalu.
nasib baik.
ada orang naik rapidkl.
kita bising rapidkl asyik rosak.
nasib baik.
ada orang naik basikal.
kita bising basikal penat.
nasib baik.
ada orang jalan kaki.
kita bising kaki bengkok.
nasib baik.
ada orang kaki kena potong sebab diabetes.
kita bising kaki dah tak ada.
nasib baik.
ada orang dah meninggal dah pun.

jangan suka membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat dari kita dalam dunia.
kita takkan belajar puas.

unstaz kazim cakap lagi--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal agama--
selalulah membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi berbanding kita agamanya.

sayangnya, kita semua selalu terbalik.
bab dunia, kita bandingkan diri kita dengan yang lebih megah.
bab akhirat, kita bandingkan diri dengan yang lebih parah.

contoh.
aku baca quran seminggu sekali.
ok la dari dia.
baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.

aku baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.
ok la dari dia.
baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.

aku baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.
ok la dari dia.
dia langsung tak kenal huruf jawi.

hahaha.
kita ini manusia pelupa, kan?
:)

sorry, rabbi.
kami cuba tak buat lagi.

selamat selasa.
dan syukurnya!
kita masih ada nyawa.
- Fynn Jamal