Pages

Monday, April 22, 2013

Hati

Siapa yang memegang hati kita?

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 
(8:63)

Sungguhlah.
Allah itu yang memegang hati-hati kita. 
Dia yang menyatukan hati kita.
Dengan sesiapa sahaja yang diizin Dia.

Hati sangat dekat ceritanya dengan jodoh dan kasih sayang.
Mintalah hati itu dari Pemiliknya.
Dibelanjakan seluruh harta pun.
Belum tentu hati itu kita boleh satukan.
 

Yang Baik #1

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(24:26) 

Selalu, kan .
Kita dengar orang cakap yang baik untuk yang baik.
Nak-nak bila tengah putus cinta atau yang seumpama dengannya.
Mesti akan dengar 'perempuan yang baik untuk lelaki yang baik'.

Nak cerita. 
Memang itu janji Allah.
Tak dinafikan. Dan aku pun berpegang pada janji itu juga.
Sungguh. Dan masih juga bertahan dengan janji itu.

Tapi. Apa yang lebih terkesan.
Apa yang lebih penting dari sekadar janji itu.
Cuba kita letak tanda soal yang besar lepas dengar ayat itu.
Apa kita dapat?

Soal balik pada diri sendiri.
Kita ni cukup baik ke untuk dapat yang baik itu?
Jangan. Jangan sesekali kita letak diri kita di sisi putih semata.
Sesekali letak diri kita di sisi gelap.
Baru kita nampak jalan untuk berubah.
Baru kita berusaha untuk mengubah.
Itu peringat juga.

Janji Allah.
Nak dapat yang baik.
Kita dahulu kena jadi baik.
Sungguh.
Janji Allah Pasti.
Asiah, wanita terbaik pun mendapat Firaun sebagai suami.
Nabi Nuh yang mulia pun mendapat isteri yang tidak beriman.
Jadi, siapa kita nak kata kita baik, maka kita untuk lelaki atau perempuan yang baik.

Perbaiki diri.
Siapa yang akan mendampingi diri.
Itu semua kerja Tuhan yang pasti.

Pasangan kita boleh jadi nikmat terbesar. 
Dan boleh juga menjadi ujian terhebat.
Nikmat dan Ujian.
Dari kedua-duanya akan meningkatkan iman.

Thursday, April 18, 2013

Dulu & Sekarang: Apa yang kita ada?



Pernah tak kita fikir.
Impian kita 15 tahun yang lalu.
Masa kita zaman muda remaja riang ria.
Zaman sekolah menengah yang membina diri menjadi dewasa.

Pada waktu sekarang
Setelah 15 tahun berlalu
Masa zaman hidup kita dah berubah menjengah alam dewasa.
Sudah terlaksanakah semua impian-impian kita tu?

Andai kata
15 tahun dulu
Kita impikan sekarang kita punya kereta yang hebat.
Kita impikan sekarang kita dah punya suami / isteri dan anak kecil
Kita impikan sekarang kita sandang jawatan hebat
Kita impikan sekarang kita ada rumah yang besar

Hari ini,
Setelah 15 tahun dah berlalu
Hari ini, kereta yang kita pakai
Adakah kereta impian?
Adakah masih sendiri?
Adakah bekerjaya sama seperti kehendak diri?
Adakah sudah punya rumah sendiri @ duduk dirumah ibu bapa lagi?

Betul.
Tak semua impian kita akan termakbul jadi nyata
Sebab tak semua yang kita impi itu baik untuk diri
Sebab memang ada benda yang tak ditakdirkan untuk kita
Dan kadang-kadang pula kita diberi sesuatu yang kita tak impi

Tapi satu benda yang kita kena ingat
Bersyukurlah
Sebab Allah masih beri izin bernafas
Lepas 15 tahun berlalu
Masih bernafas untuk 15 tahun kemudian untuk mengecap hari ini.
Impian masih boleh diusahakan selagi bernafas

Untuk segala nikmat dan ujian
Untuk segala pengalaman
Untuk segala turun naiknya kehidupan
Untuk segala penarikan dan pemberian
Bersyukurlah
Pulang puji pada Allah yang disembah

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang akan kau dustakan?
Soalan yang diajukan berkali-kali oleh Allah dalam surah Ar-Rahman.
Kita tak mampu nak jawap soalan itu.
Walau kita resah kerana ada antara doa-doa kita yang belum diperkenan.
Kerana ada yang paling kita mahu tapi Dia masih belum beri.

Malu, kan.
Bila kita selalu minta walhal Dia dah banyak memberi
Malah memberi yang kita tak minta
Tapi masih kita guna tanpa kita sedari.

Betullah.
Kita ni manusia yang lupa diri
Buat dosa hari-hari.
Tapi masih minta itu ini.