Pages

Wednesday, October 30, 2013

Different Lens

Macam mana kita define sesuatu itu sebagai betul dan baik,
Sebenarnya berkait dengan macam mana kita define sesuatu yang sama itu sebagai salah atau jahat.



Contoh.
Kalau kita define makan sambil berjalan tu tak elok dan nampak buruk.
Maka, duduk bila makan itu sebagai sopan dan baik.
Kalau kita define merokok itu sebagai jahat.
Maka, tak merokok itu sebagai baik.



Sebab apa-apa pun yang paling penting balik pada diri.
Macam mana kita nak define sesuatu.


Kalau kita rasa baik, maka baiklah.
Kalau kita rasa salah, maka salahlah.
 

Semua terpulang macam mana mata dan akal fikir kita pandang dan nilai.


Sebab itu, bila nak berubah.
Paling penting ubah sudut pandang.



Bila sudut pandang dah berubah.
Maka, semuanya akan jadi mudah.



Mungkin mata masih yang lama.
Cuma kanta yang dah berbeza.
Mungkin otak itu masih juga sama.
Cuma cara fikir akal yang dah tak serupa.




Tuesday, October 29, 2013

That Ignorance

Memang semua orang tahu apa benda boleh buat, apa benda tak boleh buat dalam dunia.
Sebab sekolah memang dah ajar semua.

But that ignorance yang wujud dalam diri tu yang buat hati rasa macam tak bersalah langsung nak langgar semua benda.

-Elspree



That ignorance.
Yang kita nafikan.
Yang kita kata bukan.
Yang kita tak mahu iakan.

Tapi benda itulah yang mengikat kaki kita dari bergerak buat perubahan.
Benda itulah yang kita panggil ego.

Monday, October 28, 2013

Return

Kalau nak dikira nikmat yang Tuhan dah kasi.
Memang tak akan cukup nak dibilang dengan jari.

Banyak.
Sangat banyak.
Sampai ada yang kita lupa dan tak ingat.

Dan jangan juga lupa.
Ujian Tuhan bagi tu pun nikmat sebenarnya.
Supaya kita ni tak leka dengan nikmat dunia.

Tuhan.
Untuk segala apa yang dah Kau beri.
Hanya pada Kau juga akan dipulang kembali.

Sunday, October 27, 2013

Twenty Seventh

Alhamdulillah pada Tuhan sekalian alam.
Untuk 27 tahun nikmat yang dah diberi pinjam.
Untuk naik dan turun hidup yang mematangkan.
Untuk pengalaman yang mendewasakan.
Untuk mak dan abah yang melahir dan membesarkan.
Untuk segala yang dah pergi dan masih meneman.
Untuk segala yang pernah dirasa dan masih ada.

Terima kasih untuk segala yang pernah singgah.

Orang kata usia cuma angka.
Tapi biarlah usia yang ada dimanfaat sepenuhnya.

Andaikan hidup macam sebuah buku yang kita pinjam.
Dan setiap bab yang ada didalamnya adalah tahun-tahun usia kita.
Apa yang kita nak isi untuk dipulang semula pada Tuhan untuk dihitung kira?

Adakah kosong?
Adakah penuh dengan pahala yang tercatat?
Atau penuh dengan dosa yang palat?

Moga usia yang sedia ada tak tersiakan.
Moga yang akan datang usia dipanjangkan dalam kebaikan.
Moga yang baik dikekalkan.
Yang buruk mohon diberi kuat untuk dibetulkan.

Alhamdulillah.
May Allah bless.



Friday, October 25, 2013

Hard

Nak tinggalkan apa yang kita suka bukan mudah.
Nak biasakan diri dengan apa yang betul pun sama payah.

Sebab dua-dua pun kena difikirkan apa yang betul, apa yang salah.


Kadang-kadang yang salah tu nampak cantik sebab dah dihias dengan benda-benda yang buat dia nampak menarik.
Dan benda yang betul tu kita nampak tak berapa best nak dibuat sebab mata dan hati kita ditutup untuk nak tertarik.

Sebab nak mengubah kebiasaan yang salah dengan benda yang betul memang payah.




Thursday, October 24, 2013

Reminder



Rezeki pun boleh jadi ujian. 

Jangan ingat Allah bagi rezeki kerana kamu termasuk dalam golongan yang 'layak'.
Boleh jadi Allah hanya mahu menguji, kepada siapakah kamu 'kembalikan' rezeki Nya dan sejauh manakah kamu dapat mengawal penyakit hati (riya' specifically) bila dilimpahkan dengan segala nikmat dunia.

Dan mengungkit rezeki orang lain tidak termasuk dalam kategori 'bersyukur' kan?

“Be careful about wanting what others have. There is always a price. Perhaps God didn’t give it to you, because He knew you wouldn’t be able to pay it.” - Yasmin Mogahed

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)
 
#Diya Uzyr

---------------------------------
Tersenyap.

Ramai manusia menyangka dia 'layak' menerima apa yang dia dah usahakan.
Tapi lupa yang memberi itu kuasa Tuhan.


Last but not least.
 
“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (Al-Anbiyaa: 35)


Words

Dan bila kita rasa yang kita ada hanya sebaris ayat yang biasa-biasa.
Yang kita rasa cuma nak buat pujuk hati kita sendiri yang terluka.

Dengan hikmah dari Dia
Tetap ayat biasa-biasa itu mampu juga nak menjentik seribu jiwa.
Mungkin ayat kita yang biasa-biasa.
Mampu juga nak mengubat jiwa-jiwa yang terluka sama.



Wednesday, October 23, 2013

Be Different





Be different.
Tak semestinya kau harus jadi alien.

Cukup menjadi diri sendiri.
Tak perlu menjadi manusia lain.
Tak perlu hipokrit.

Walau dalam kebanyakan masa.
Untuk menjadi diri sendiri itu susah.
Tapi nak berpura-pura itu jauh lebih payah.




Tuesday, October 22, 2013

A Choice to Choose







You can choose to be good as much as you can choose to be bad.

Nak atau tak nak.
Mahu atau tak mahu.
Itu yang menjadi soal.
Sebab pilihan tu hak semua orang.


Dalam kebanyakan masa.
Dua-dua, be good or bad.
Jalannya sentiasa terbuka luas untuk kita.


Tinggal lagi kita.
Yang kena pilih langkah kaki nak dihalakan ke mana.


Nak cuba jadi baik.
Allah akan tolong.
Nak terus jadi jahat.
Pun Allah akan tolong.


Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Ar-Rad
Ayat 11


Kita yang pilih apa yang kita nak buat dan siapa yang kita nak jadi.
Dan kalau nak kata orang akan kata macam-macam.
Tetap otak tu dalam kepala kau.
Letak paling tinggi dari semua organ badan.
Dan Tuhan tu kan memberi kita akal.
Jadi, fikir.
 

Mana yang betul, mana yang salah.
Mana yang baik, mana yang jahat.
Lepas tu, pilih.

Monday, October 21, 2013

Mixed



Sebaik-baik manusia tetap ada sisi jahat yang dia tak nak orang lain tahu dan jumpa.
Sejahat-jahat manusia tetap ada sisi baik yang susah orang nak cari dan jumpa.

Baik dan jahat memang makanan kita selagi kita bergelar manusia.
Memang tak akan sempurna mana.
Tapi masih ada yang kita boleh ubah selagi ada usaha dan upaya.
Selagi kita masih mahu cuba.
Jalannya akan ada dan terbuka.
Mohon dengan doa.


Sebab dalam dunia.
Yang baik, tetap ada yang jahat.
Yang hitam, tetap ada yang putih.
Semua tu perfect match.
Kan?

 

Sunday, October 20, 2013

Perfect

Tidak ada yang buruk tentang pemberian Tuhan kepada kita.
Yang memberi beza cuma antara dua.

Nikmat paling besar yang Dia nak bagi.
Atau--
Dugaan paling hebat yang Dia nak uji.

Yang penting, dua-duanya aturan yang paling sempurna.







Saturday, October 19, 2013

Little

Bila sikit. Kita minta dibagi banyak supaya rasa cukup.

Tapi bila yang sikit itu lenyap dan tak berganti dengan banyak yang kita minta hinggap.
Baru kita sedar yang sikit itu pun dah lebih dan cukup banyak.



 
Ajar-ajarkan lidah dengan sebutan Alhamdulillah.
Sama-sama kita muhasabah.

Friday, October 18, 2013

Untitled #2

It is not easy finding good in people.
Sebab apa?
Sebab kita dah terlalu dibiasakan mencari cela dan silap manusia semata.

Kerana itu kerja hukum adalah hak Tuhan.
Kerana Dia adalah yang Maha Melihat apa yang jelas dan terhijab dari mata dunia.

Jom kita ajar diri kita cari kebaikan dalam semua benda.
Husnuzzon dapat pahala.
Sebab semua benda terjadi hanya selepas Tuhan kata “kun fa yakun”.
Jadi. Maka jadilah ia.

Kalau Dia izinkan sesuatu—
Mesti ada hikmah dia.
Maka, cari.

-->Chapitone

Thursday, October 17, 2013

Temporary



Dalam dunia yang sementara.
Memang kita tak akan dapat segala benda yang kita suka.
Dan selalunya benda yang terjadi tu tak pernah terjangka.

Sedang benda yang kita rasa kita punya pun,
Yang dah ada dalam erat genggaman tangan pun,
Boleh direntap pergi bila-bila masa.
Kadang-kadang tanpa petanda.
Dalam sedar dan tak sedar kita.

Inikan pula benda yang bukan dalam kuasa kita.
Apa lagi benda yang kita tak boleh nampak dan pegang untuk kita rasa kita ada.
Untuk kita rasa kita punya.
Memang susah nak tahu wujudnya.

Terima kasih untuk segala yang kita dah ada.
Bukti syukur itu masih ada bertanda.