Pages

Friday, August 30, 2013

Punya

Bukan semua orang suka menunjuk-nunjuk apa yang dia ada.
Sebab tak semua orang rasa apa yang dia ada itu dia punya.

Semuanya pinjaman belaka.
Yang kalau nak diambil semula.
Boleh dengan bila-bila masa saja.
Dengan sekelip mata.

Apa yang ada pada kita?
Cuba kira.
Maka tak akan kau jumpa walau pun suku dari satu.

Yang kita ada.
Cuma pahala dari amal kita.
Yang itu pun kita dapatkan dengan ihsan dari Tuhan.


Wednesday, August 28, 2013

Single

Being single.
Does not mean that they can be matched with anyone.

Kau ingat hati tu boleh diubah rasa bila-bila saja?
Kau ingat cinta tu boleh tumbuh dengan sekali hadap dan jumpa?
Kau ingat sayang tu boleh kau ada-adakan suka-suka?

Hidup sendiri bukan pilihan.
Hidup berdua biarpun kita berkehendakkan.
Tetap hanya akan terjadi dengan kehendak Tuhan.
Tetap berlaku bila Tuhan izinkan.
Tetap terjadi bila masanya dah sampai dan disempatkan.

Orang kahwin bukan semata-mata kerana cinta.
Tapi sebab Dia dah tulis jodoh kau dengan dia.
Dia izinkan kau kahwin dengan dia
Itu sebab utamanya.

Dan kau fikir.
Aku tak berusaha?
Hanya kerana kau nampak aku seorang diri.
Tak bermakna kau boleh cakap sesuka hati.
Usaha kita mungkin tak sama erti.

Doa yang aku kirimkan.
Tak akan aku canangkan.
Hanya kerana nak puaskan hati kau.

Usaha aku .
Walau tak seorang pun tahu.
Tapi Tuhan tahu.

Sebab,
Kehendak aku. Keperluan aku.
Yang cukupkan itu semua adalah Tuhan.

Friday, August 23, 2013

Cuba

Untuk merasa senang dengan susah memang payah.
Tapi kita ada Allah.
Yang dah janji ada senang lepas susah.

Cuba.
Sebelum kita tadah tangan berdoa untuk meminta-minta.
Kita mulakan dengan rasa syukur atas apa yang dah kita ada.

Alhamdulillah.
Pulang puji pada Dia yang dah banyak memberi.

Selitkan rasa 'cukup' itu pun perlu.
Biar kita tak mengeluh selalu.


Wednesday, August 21, 2013

Doa

Kadang-kadang.
Apa yang kita inginkan.
Tak mampu kita nak doakan dengan lisan.
Tak mampu nak dizahirkan dengan fizikal menadah tangan.

Hanya kita bisikkan dalam hati tanpa henti.
Kerana kita yakin dan pasti.
Dia itu mengetahui.
Apa yang terzahir dan tersembunyi.


Monday, August 19, 2013

Hilang

Kadang-kadang.
Kita rasa kehilangan sesuatu.

Tapi soalnya.
Adakah sesuatu itu dah memang milik kita?

Hatta, hati yang ada dalam tubuh badan kita pun.

Hakikatnya.
Masih milik Tuhan.
Masih lagi didoakan.
Minta-minta hati ini tak diterbalikkan.



Plan





Perkara baik yang kita rancang bagai nak rak sekalipun.
Bila Allah kata TAK.
Memang tak akan jadi apa-apa pun.

Kun Fayakun.
Jadi. Maka, jadilah ia.
Be. And it is.

Ini bukan soal siapa yang gagal merancang.
Tapi soal siapa yang menentukan dan menetapkan setiap kejadian.

Tak ada siapa dalam dunia ni yang merancang untuk gagal.
Tapi usaha kita, manusia ni yang terbatas oleh takdir dari Dia.

Moga-moga.
Tiap kata-kata kita tak mengguris jiwa mereka-mereka yang diuji hatinya.
Moga-moga.
Tiap hati-hati kita lebih mudah untuk mendoakan untuk mereka seikhlasnya.
Moga-moga.
Dengan itu mereka mendapat kurniaan dari Dia berlipat ganda tanpa hijabnya.