Pages

Cik Sally

Dia perempuan biasa yang biasa-biasa.
Dia tak cantik seperti jelitawan negara.
Dia tak pandai nak bergaya ikut fesyen semasa.

Dia suka membaca.
Santapan minda katanya.
Kadang-kadang dia moody tak tentu masa.
Kadang-kadang dia ceria saja.
Dia juga suka buat muka.
Sebab muka dia tak reti nak sembunyikan apa yang tuannya rasa.

Dia anak pertengahan dalam keluarga.
Dia juga anak yang manja.
Dia kakak yang tegas dengan adik-adiknya.
Dia makcik yang penyanyang dengan anak-anak buahnya.
Dia banyak cakap dengan orang yang rapat saja.
Dia kuat sentap kadangkala.
Dia kalau marah memang diam saja.
Sambil buat muka tak berperasaan dia.

Dia banyak mulut dengan orang yang rapat saja.
Dia boleh jadi pendiam dengan orang yang dia tak selesa.
Dia boleh jadi pendengar setia.
Kadang-kadang dia boleh jadi kaunselor juga.

Dia masih lagi lone ranger.
Masih mencari cinta hatinya.
Kata dia, cinta itu eksklusif untuk seorang suami saja.

Itu saja yang saya boleh cerita tentang dia.

No comments: