Pages

Saturday, November 30, 2013

Sabar #2

Sabar itu tak ada batasnya.
Tapi kita lah yang membataskan kesabaran kita.

Dan bila kita kata ‘aku sudah cukup sabar’.
Sebenarnya kita yang mencukupkan sabar itu atas diri kita semata.


Tuhan tak suruh kita bataskan sabar.
Tapi Dia suruh kuatkan sabar.

Sabar itu separuh daripada iman.
Terbatas sabar, terbatas iman.


Friday, November 29, 2013

Sabar #1


Kita boleh sabar tunggu iklan berminit-minit bila tengok cerita kegemaran.
Tapi tak boleh sabar tunggu taffic light bertukar hijau atas jalan.

99 saat yang boleh buat sabar kita terbarai.



Tuesday, November 26, 2013

Soal Hati

Soal hati dan perasaan.
Maknanya memang susah nak dirungkai.
Sebab remote controlnya bukan tangan kita yang pegang.
Tapi Tuhan.

Yang datang dari hati.
Moga dengan kehendak Tuhan.
Akan sampai juga ke hati.

Monday, November 25, 2013

Untitled #5

Jangan minta sekarang untuk sesuatu yang Tuhan kata nanti.
Jangan sedih dengan yang bukan sebab Tuhan akan beri yang lain sebagai ganti.

Friday, November 22, 2013

Not More



Bila sesuatu keadaan itu menekan akal waras kita.
Dan membuat kita hampir putus asa.
Yakin dan percaya.
Keadaan itu tak lebih daripada kekuatan yang kita ada.

Tuhan itu yang paling bijaksana.
Kita diuji dengan sesuatu yang sesuai dengan daya yang kita ada.
Sahaja.
Dan kerana itu tahap ujian kita berbeza.
Tak pernah sama.

Dia yang memberi musibah.
Maka pada Dia juga penawar yang memberi kebah.
Mohon dengan doa.
Kerana Dia itu yang paling mendengar.

Thursday, November 21, 2013

Anger

Kenapa bila orang lain yang buat.
Semua macam ok.
Semua macam tak ada masalah.
Kenapa masa orang lain buat.
Yang salah tu tak nampak.

Tapi bila kita yang buat.
Semua jadi tak ok.
Semua masalah nak timbul.
Kenapa masa kita buat.
Yang salah tu la baru jelas orang nampak.
Lepas tu minta kita betulkan dari awal.
Yang silapnya bukan kita yang mulakan.

Minda dah serabai.
Sabar dah terbarai.

Tuhan.
Tolong kuatkan.
Tolong cantumkan sabar.
Tolong kemaskan minda.

Ini.
Memang emosi.

 

Wednesday, November 20, 2013

Weird



Tak semua orang angguk pada benda yang betul.
Tak semua orang geleng pada benda yang salah.


Sekarang.
 

Benda yang betul tapi kalau minoriti yang amal. 
Nampak macam pelik dan janggal.
Benda yang salah majoriti orang buat.
Nampak macam biasa dan tak silap.

Monday, November 18, 2013

Untitled #4

Kita tak pernah tahu apa yang menghalang orang untuk terus melangkah ke depan bila mana kita nampak peluang seolah-olah terbuka besar untuk ubah kehidupan.

Apa yang kita rasa rugi, mungkin ada keuntungan yang Tuhan sembunyikan.
Apa yang kita rasa gagal, mungkin disisi Tuhan ada kemenangan.
Dari jalan-jalan yang kita tak sangkakan.
Tak ada yang mustahil untuk Tuhan aturkan.

Cuma dirahsiakan sebelum diperlihatkan.
Maka, sabar dalam usaha & tawakkal.

Wednesday, November 13, 2013

Journey to a destination

Jalan mana pun yang kita guna.
Selagi tempat yang kita tuju masih lagi sama.
Kita pasti akan jumpa semula.


Monday, November 11, 2013

Future

Masa depan.
Bukan hak kita nak tentukan.
Yang kita punya hanya hak merancang dan usahakan.
Jadi tak jadi itu tetap urusan dan kerja Tuhan.

Maka.
Letak Tuhan pada yang utama.
Kita tak akan kecewa.
Sebab yang kita nampak disebalik kejadian yang ada.
Cuma Tuhan yang mampu menjadikan segala sekelip mata.

Que sera, sera.
What will be, will be.
The future is not ours to see.

Que sera, sera.
What will be, will be.



Thursday, November 7, 2013

Worldly Life

Misalan dunia macam jambatan nak ke tanah seberang.
Macam mana jambatan yang nak kita gunakan terpulang macam mana kita nak binakan.
Kukuh, rapuh, cantik, hodoh.
Semuanya terpulang.

Macam juga ladang tanaman.
Apa yang kita nak tuai terpulang pada apa yang kita tanam.
Atau nak dibiar tandus kering kontang tak berhasil apa-apa di kemudian.
Semuanya juga terpulang.




Wednesday, November 6, 2013

Belong

Tuhan tak beri sesuatu yang bukan hak kita.
Tak akan.

Sebab Dia dah bahagikan bahagian kita masing-masing.
Cukup sempurna.

Mungkin ada kurang kita.
Mungkin ada lebih mereka.
Tapi kena tetap percaya.
Kurang dan lebih itu tak ada yang sia-sia.
Kurang dan lebih itu tetap ada lebih dan kurangnya.

Semuanya seimbang.
Dia beri kelebihan untuk saling berkongsi.
Dia beri kekurangan untuk saling melengkapi.



Monday, November 4, 2013

Jejak Hijrah


Hijrah dari karat jahiliyah kepada cahaya hidayah.
Dari gelap zulumat kepada terang yang nikmat.

Kisahnya macam kita yang dah lama bertapa dalam gelapnya gua.
Dan bila mata tersiram cahaya.
Silaunya menyakitkan.
Perit yang membuat mata terpejam.
Tapi perlahan-lahan kita belajar memandang cahaya yang terang.
Dan perlahan-lahan sakit dan perit itu hilang.
Berganti dengan keindahan yang tak tertanding.

Misalan hidayah Tuhan.
Umpama cahaya berlapis cahaya.

An Nur, ayat 35.

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), 
nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; 
dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, 
kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

An-Nisa, ayat 100.

  
Doa akhir dan awal tahun jangan lupa dipanjatkan.
Moga noda dan dosa yang lepas diampunkan.
Moga yang akan datang penuh dengan rahmat dan keberkatan.
Dan paling utama redha Tuhan yang kita dapatkan.

Salam Maal Hijrah 1435H.

Friday, November 1, 2013

Untitled #3

Tuhan tunjukkan kasih sayang dengan cara yang kadang-kadang kita susah nak faham.

Kita rancang lain, tapi yang terjadi jauh dari sangkaan.
Tapi dengan masa yang berjalan.
Perlahan-lahan kita akan nampak segalanya diatur dengan penuh kesempurnaan.

Sungguh.
Tidak ada cacat cela dalam ciptaan dan aturan Tuhan.
Segalanya sempurna tanpa kurangnya.

Cuma kita.
Kena sabar dalam menanti ketetapan yang Dia dah tentukan.
Tak akan rugi orang yang bersabar dengan takdir Tuhan.

Kerana segalanya.
Hanya Dia yang lebih tahu apa perlunya.





Last but not least.
The Almighty said.

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, 
Dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. 
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Al-Baqarah, ayat 216.
(2:216)