Tuhan tunjukkan kasih sayang dengan cara yang kadang-kadang kita susah nak faham.
Kita rancang lain, tapi yang terjadi jauh dari sangkaan.
Tapi dengan masa yang berjalan.
Perlahan-lahan kita akan nampak segalanya diatur dengan penuh kesempurnaan.
Sungguh.
Tidak ada cacat cela dalam ciptaan dan aturan Tuhan.
Segalanya sempurna tanpa kurangnya.
Cuma kita.
Kena sabar dalam menanti ketetapan yang Dia dah tentukan.
Tak akan rugi orang yang bersabar dengan takdir Tuhan.
Kerana segalanya.
Hanya Dia yang lebih tahu apa perlunya.
Last but not least.
The Almighty said.
Dan boleh jadi kamu benci
kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
Dan boleh jadi kamu suka
kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah jualah
Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Al-Baqarah, ayat 216.
(2:216)

No comments:
Post a Comment