Pages

Friday, September 27, 2013

Another side

Selalu ada dari sisi kita.
Yang tak mahu kita kongsikan sama siapa-siapa.

Yang dengan dia kita tak perlu pakai topeng macam-macam rupa.
Yang dengan dia kita menjadi yang paling jujur pada diri kita.
Yang dengan dia kita tak perlu takut pada siapa-siapa.
Yang dengan dia tak ada siapa tahu kita adalah kita.
Yang dengan dia kita mampu lontarkan segenap apa yang terbenam dalam dada.
Yang dengan dia kita tak malu orang nak keji dan puja.
Yang dengan dia kita tak perlu sembunyi apa yang kita rasa.

Ada. Memang ada sisi itu sebelah kita.
Sisi yang paling kita selesa berdamping dengan dia.
Sisi diri yang berbeza dari kita yang biasa-biasa pada hari-hari biasa.

Thursday, September 26, 2013

Sederhana

Picture from here

Dalam kedua-dua keadaan yang ekstrem.
Yang terlampau cantik atau yang terlalu selekeh.
Pilihlah yang ditengah-tengah.

Kesederhanaan.
Kerana itu lebih menjaga.

Wednesday, September 25, 2013

Orang tua

Menjadi orang tua. Ibu bapa yang terdekat dengan kita.

Mereka tak mahukan sesen pun wang dari duit gaji bulanan kita.Yang mereka minta dan harap cuma ingatan kita yang tak meluput terhadap mereka.

Saat kita dah jauh lebih berjaya dari kita yang biasa-biasa dulunya, ingatan kita masih kukuh buat mereka. Doa kita tak terhenti untuk kesejahteraan mereka. Perhatian dan kepedulian kita yang mereka damba. Cuma itu yang mereka minta. 

Jangan kita biarkan diri kita menjadi rugi dengan membiarkan mereka sendiri dengan kesibukan kita hari-hari. Jangan biar mereka sepi tanpa gurau senda kita. Kerana doa mereka buat kita tak pernah henti-henti meniti dari bibir mereka.

Sementara masih diberi ruang dan peluang untuk berbakti.
Pulunlah sampai tak berbaki.

Kerana rasa kehilangan itu lebih sakit dan perit menguji.
Saat bila hanya doa saja yang boleh kita sumbangkan untuk mereka.
Yang belum tentu Dia terima sepenuhnya ratap hiba kita.
Alangkah ruginya bila ruang dan peluang yang ada kita persia.
Tak ada guna rindu yang bermukim.
Sedang saat mereka ada sikit pun mata kita tak sudi nak menjeling.

Tak ada guna belajar tinggi-tinggi sampai universiti.
Tapi bila dah berjaya orang tua kita letak ke tepi.

Tuhan,
Kau ampuni dosa ibu dan bapaku.
Kasihani mereka sepertimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.
Tempatkan mereka dikalangan hamba-hambaMu yang beriman.

Tuesday, September 24, 2013

Macam mana?

Macam mana nak kosongkan hati.
Yang dah terisi.
Dengan yang belum pasti akan dimiliki.

Macam mana nak hilangkan rasa.
Yang dah bertanda dalam jiwa.
Pada yang belum halal untuk kita.

Macam mana nak buang rasa rindu.
Yang selalu bertamu.
Untuk yang belum pasti sama merindu.

Macam-macam macam mana.

Macam mana??





Ini bukan jiwang.
Tapi persoalan yang kadang-kadang aku nafikan haknya.
Untuk difikirkan. dalam ruang paling serabut. Minda.

Monday, September 23, 2013

Kasih & Sayang Tuhan


"Lessons From Surah ar-Rahman" by Ustadh Nouman Ali Khan

Baru-baru ni, Ustaz Nouman Ali Khan datang ke KL. Nampak ramai kawan-kawan di fb pergi. Semua pun cakap best (termasuk Wardina!). Alhamdulillah.

Apa yang best tentang Ustaz Nouman Ali Khan ni, dia punya english sangat simple dan mudah saja nak faham apa yang diceritakan. Selamba dan cool (oh, dia dari US btw).

Dalam lecture tersebut, dia hanya sempat jelaskan tentang ayat 1 hingga 3 sahaja daripada Surah ar-Rahman yang ada 78 ayat.

Surah ini unik (buka al-Quran sekarang kalau nak lagi percaya hehe), sebab dalam surah ini, Allah ulang satu ayat ini sebanyak 31 kali!

Ini ayatnya:

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

*****

Ustaz Nouman kata, surah ini turun antara zaman peralihan Mekah ke Madinah. Dan Allah turunkan surah ini ke atas orang-orang musyrikin Mekah yang masih degil (stubborn).

Dah bertahun-tahun Rasulullah berda’wah kepada mereka, tapi semakin lama, mereka semakin degil dan melampaui batas. Mereka memperlekehkan dan memperolokkan Rasulullah.

Kata Ustaz Nouman, macam seorang bapalah, kalau dia nak panggil anaknya makan, tak cukup sekali. Terpaksa si bapa itu tadi panggil berkali-kali, barulah si anak mahu menurut kata bapanya.

Begitulah, dengan penuh kasih sayang, Allah ulang dan ulang ayat-ayat-Nya kepada musyrikin yang degil itu.

*****

Apa yang menarik, bila Ustaz Nouman mula kupas perkataan ‘ar-Rahman’. Kenapa Allah perkenalkan diri Dia sebagai ‘ar-Rahman’?

Kata Ustaz Nouman, selama ini kita mungkin ‘underestimate’ perkataan ‘ar-Rahman’. Apa yang kita tahu, ar-Rahman itu maksudnya ‘Maha Pemurah’ (The Most Merciful).

Tapi, ‘direct translation’ ini tidaklah menggambarkan hakikat sebenar sifat Allah ‘ar-Rahman’.


Lalu, Ustaz Nouman pun menceritakan bagaimana perkataan ‘ar-Rahman’ itu berasal daripada perkataan ‘ar-rahma’. Salah satu maksud ‘ar-rahma’ ialah ‘rahim ibu (womb)’.

Cuba kita teliti keadaan baby di dalam rahim ibu.

Dalam rahim ibu, baby itu dijaga dengan penjagaan yang terbaik oleh si ibu.

Hubungan antara ibu dan baby itu sungguh ajaib!

Baby yang berada dalam perut tidak kenal pun si ibu tetapi si ibu kenal siapa di dalam perutnya.

Si ibu amat menyayangi dan menjaga baby itu dengan penuh perhatian walaupun baby itu langsung tidak kenal akan ibunya.

Begitulah sifat ‘ar-Rahman’, apabila Dia menyatakan Dia adalah ‘ar-Rahman’, Dia sebenarnya menyatakan bahawa:
- Dia Maha Penyayang ke atas kita, Dia sangat mengambil berat tentang kita, dan Dia Tahu bahawa kita ini sangat halus dan perlu dijaga dengan amat rapi.

Begitulah Allah, ar-Rahman ke atas makhluk-Nya sebelum kita kenal Dia lagi. Sebelum kita lahir, ketika kita dilahirkan kemudian membesar, segalanya Dia cukupkan untuk kita tanpa perlu kita meminta kepada-Nya.

(tangan, kaki, mata, jantung, oksigen, pokok dan haiwan untuk dimakan, dll)

*****

Kata Ustaz Nouman lagi, apabila kita baca perkataan ‘ar-Rahman’, ia seharusnya menjadikan kita berfikir, “Bagaimana Allah menunjukkan sayang-Nya kepada aku pada saat ini? Bukan esok, bukan nanti tapi kini”

Lihat sahaja pada hidup kita hari-hari yang dikelilingi masalah. Masalah kerja, masalah dengan anak, masalah ibu bapa, dan macam-macam lagi masalah - kita memikirkan masalah LEBIH BANYAK daripada kita fikir tentang ALLAH AR-RAHMAN…

…dan berapa banyak masalah yang Allah dah keluarkan kita daripadanya?

*****

Seterusnya, Ustaz Nouman membawa kita kepada ayat terakhir Surah Ar-Rahman di mana Allah telah memuji nama-Nya:

"Maha Suci nama Tuhanmu, Pemilik Keagungan dan Kemuliaan"

Apa pengajarannya kepada kita?

Kata Ustaz Nouman, jika kita melakukan sesuatu perkara itu kerana/dengan nama Allah ar-Rahman, maka kita akan beroleh barakah.

Barakah itu pula ialah sesuatu yang ‘sentiasa tumbuh dan berkembang, lebih daripada jangkauan’.


Maksudnya, bila kita buat sesuatu dengan nama Allah ar-Rahman, ganjaran daripada Allah itu sangat besar dan akan bertambah-tambah.

Jadi, insyaAllah kalau kita buat apa pun dengan nama Allah, kita tak akan rugi (walaupun kelihatan tak berapa memberangsangkan di mata manusia).

*****

Akhir sekali, Ustaz Nouman kata, disebabkan ayat ini, orang muslim seharusnya bersikap optimis dan takkan pernah pesimis!

Al-Quran bukan buku yang nak “mengharamkan itu ini”, bukan juga buku untuk “ustaz-ustazah sahaja”, dan bukan buku yang “nak menghukum sahaja”.

Tapi, kalau kita fahami al-Quran, kita akan nampak bahawa Allah turunkan al-Quran ini sebagai tanda kasih sayang-Nya kepada kita.

Kata Ustaz Nouman, “The Quran is an act of Allah’s LOVE”

Jadi, mesej terakhir daripada Ustaz Nouman, “build your relationship with al-Quran” - bina hubungan dengan al-Quran dan fahami maknanya agar kita merasa kasih dan sayangnya Allah kepada kita.

Pesan Ustaz Nouman, kita buat perlahan-lahan, mula sikit-sikit untuk kenal dan baca al-Quran. Tak perlu terburu-buru dan tergesa-gesa, Rasulullah pun ambil masa 23 tahun untuk Allah mengajarkan al-Quran kepada baginda.

Berusaha fahami al-Quran, semoga menjadi orang yang beruntung!

Semoga Allah memberkati Ustaz Nouman Ali Khan atas ilmu yang dikongsikan.

Allahu’alam.


Rakaman ceramah: http://new.livestream.com/accounts/908954/events/2370804/videos/29193493


[Copied from FB]

Friday, September 6, 2013

Boleh Jadi

Boleh jadi.
Bila kita dapat semua apa yang kita mahukan.
Kita hidup penuh angkuh dan sombong pada Tuhan.

Ada masanya.
Kita harus berterima kasih atas kemahuan yang tak ditunaikan.
Yang buat kita bergantung penuh akrab pada Tuhan.


Kadang-kadang memang kita ditakdirkan tak dapat apa yang kita mahukan.
Sebab mungkin bahagian itu yang memang Allah nak uji tinggi rendah iman. 


Tuesday, September 3, 2013

Bulan Ditutup Awan

Nyanyian daripada figura awam yang sangat berbakat besar.
Suara yang gemersik dan klasik.
Lagu Melayu klasik yang diberi sentuhan baru.
Sangat segar.
Yuna - Bulan Ditutup Awan

Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi

Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu
Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi
Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu