Pages

Wednesday, September 25, 2013

Orang tua

Menjadi orang tua. Ibu bapa yang terdekat dengan kita.

Mereka tak mahukan sesen pun wang dari duit gaji bulanan kita.Yang mereka minta dan harap cuma ingatan kita yang tak meluput terhadap mereka.

Saat kita dah jauh lebih berjaya dari kita yang biasa-biasa dulunya, ingatan kita masih kukuh buat mereka. Doa kita tak terhenti untuk kesejahteraan mereka. Perhatian dan kepedulian kita yang mereka damba. Cuma itu yang mereka minta. 

Jangan kita biarkan diri kita menjadi rugi dengan membiarkan mereka sendiri dengan kesibukan kita hari-hari. Jangan biar mereka sepi tanpa gurau senda kita. Kerana doa mereka buat kita tak pernah henti-henti meniti dari bibir mereka.

Sementara masih diberi ruang dan peluang untuk berbakti.
Pulunlah sampai tak berbaki.

Kerana rasa kehilangan itu lebih sakit dan perit menguji.
Saat bila hanya doa saja yang boleh kita sumbangkan untuk mereka.
Yang belum tentu Dia terima sepenuhnya ratap hiba kita.
Alangkah ruginya bila ruang dan peluang yang ada kita persia.
Tak ada guna rindu yang bermukim.
Sedang saat mereka ada sikit pun mata kita tak sudi nak menjeling.

Tak ada guna belajar tinggi-tinggi sampai universiti.
Tapi bila dah berjaya orang tua kita letak ke tepi.

Tuhan,
Kau ampuni dosa ibu dan bapaku.
Kasihani mereka sepertimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.
Tempatkan mereka dikalangan hamba-hambaMu yang beriman.

No comments: