Pages

Thursday, January 23, 2014

Know VS Understand


Kita tahu dengan teori.

Tapi--
 Kita faham dengan teori dan amali.

Tahu dan Faham.
Ada yang membezakan.
Yang kadang-kadang orang selalu salah pandang.


Wednesday, January 22, 2014

Learn to Listen

Kadang-kadang orang bercerita tentang masalah.
Bukan minta untuk diselesaikan.
Tapi cukup hanya untuk suara mereka didengari.

Hanya sekadar meluah perasaan.
Dengan rasa-rasa yang mencengkam.
Bukan tak diadu pada Tuhan.
Cuma kadang-kadang buntu mencari jalan.

Dan mungkin,
Kita yang meminjamkan telinga untuk mendengar.
Menjadi perantara sebagai bantuan daripada Tuhan.

Dan mungkin.
Di suatu hari nanti.
Kita turut perlukan telinga yang sudi mendengar segala cerita-cerita kita.

Friday, January 17, 2014

Death

death,
makes us great storytellers.

tulisan, puisi, penceritaan--
adalah satu satu eskapisme dari realiti yang kita boleh lari2kan masanya berdasarkan penggunaan kata kerja past or future.

bila2 saja--
selain hari ini.


death--
is everything that defines me.


Kredit to Fynn Jamal.
----------------------------
Tulisan ini aku temukan dalam laman mukabuku seseorang yang aku kagumi penulisannya.
Susuk seorang Fynn Jamal.
Walau tak semuanya betul tapi tetap tak semuanya salah.
Maka, yang betul itu aku ingin kongsikan.

Sama-sama untuk kita semua.

Kehilangan.
Buat kita lebih menghargai orang-orang yang masih tinggal.


Mati itu peringatan.
Mati itu satu kepastian.
Yang akan datang bila masa dah sampai.
Tak cepat sesaat, tak lambat sesaat.
Just on time.
Bila Tuhan berkehendak.

Mati itu sebuah janji untuk yang dah pergi.
Mati itu ujian untuk kita yang menghadapi kehilangan insan tersayang.
Hidup dan mati terpisah oleh satu garis.
Masa.
Itu  yang memisahkan.

Tapi doa selalu ada untuk menyambungkan.
Walau tak sama dengan susuk yang ada depan mata.

Dengan yang terhubung atas jalur doa semata.
Tetaplah ada yang menghubungkan.
Tuhan yang mendengar tiap bisikan doa.
Yang nyata atau yang hanya tersisip dalam ruang dada.



Monday, January 13, 2014

Camping

Setiap dari kita.
Ada camping sini sana dalam sempurna yang kita rasa kita dah punya.
Pasti ada.

Sebab manusia tak ada yang sempurna.
Dan kalau ada yang sempurna pun itu juga hanya pinjaman sementara.
Yang bila-bila masa boleh diambil semula.

Dan kita.
Hidup atas dunia.
Harus saling lengkap-melengkapi apa adanya untuk terlihat sempurna.

Wednesday, January 8, 2014

Things that happened



Apa saja yang terjadi pada kita.
Tak kira baik atau buruk.
Nikmat atau ujian.
Setiap satunya ada peringatan dan pelajaran yang nak diberi Tuhan.

Cuma tinggal kita.
Nak buka mata belajar.
Atau nak dibiar saja.
Macam debu yang terbang.
Tak bernilai.

Dan untuk setiap sesuatu yang terjadi yang kita tak suka.
Yang buat kita kecewa dan hampa.
Yang buat kita luka dan punah jiwa.
Boleh jadi itu menjadi pintu yang membawa kita pada sesuatu yang lebih berharga.
Yang lebih membawa bahagia.
Yang lebih memberi makna dalam hidup kita.

Takdir Tuhan tak pernah salah berkisah.
Tuhan tak pernah menjadikan hidup ini penuh dengan yang mudah.
Diselit susah untuk kita yakin pada kuasa Tuhan yang kita sembah.
Untuk kita mencari kasih Dia dalam segenap rasa susah dan payah.
Untuk kita merafak syukur pada Dia untuk segala yang mudah dan indah.

Maka, yakin.
Dia berkuasa mengatur segalanya.
Yang kadang-kadang terlihat mustahil pada akal dangkal manusia.


Kata kawan,
Behind a storm there is a rainbow around the corner.

 
Kata Tuhan,
Setiap kesusahan pasti ada kemudahan.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah akan kamu dustakan?

Friday, January 3, 2014

The Moments

Momen-momen yang ada.
Tak kira semanis tebu atau sepahit hempedu.
Bila dah berlalu.
Akan tetap membuah rindu.
Penuh gebu dan tepu.

Maka,
Hargai selalu setiap masa yang kita lalu.
Yang bila dah pergi dan nak diulang semula kita tak mampu.

Thursday, January 2, 2014

Acceptance



Bahagianya hidup bila ada orang yang boleh terima apa yang kita ada seadanya.
Tanpa dipandang pada paras rupa jelita.
Tanpa dilihat pada harta yang kita ada.
Tapi cuma melihat diri kita sepenuhnya.

Yang tak menjanjikan bulan bintang
Tapi sedia bersama susah senang.
Sedia sama-sama berkongsi kasih sayang.


Wednesday, January 1, 2014

Fill in the blank



Aku yang hidup hari ini.
Adalah dari aku yang semalam.
Yang penuh luka dan rapuh jiwa.

Untuk itu.
Terima kasih pada yang masih tetap disisi.
Yang setia meneman duduk, rangkak dan berlari.

Juga.
Terima kasih untuk yang dah pergi.
Kerana memberi peluang untuk yang lebih baik mengisi.
Ruang-ruang kosong yang terbiar sepi.