Pages

Friday, February 21, 2014

Pelangi Cinta



Pelangi itu indah.
Untuk dijamu pandang sepasang mata.
Dengan tujuh jalur warna sempurna.
Tiada cela.

Indahnya dia.
Bukan hanya pada awal mahupun akhirnya saja.
Tapi disepanjang perjalanannya.
Yang terhias jalur warna berbeza.
Yang setiapnya menjadikan pelangi itu paling indah di dada langit sana.
Walau untuk hadirnya pelangi itu perlukan hujan panas yang membias cahaya.

Sepertinya juga cinta.
Indah untuk setiap hati manusia.
Walau untuk hadirnya.
Tidak cukup sekadar gelak dan tawa.
Riang dan ria.
Tapi juga dalam suka dan duka.
Tangis dan hiba.

Biar sempurna.
Tak pincang pada jalur jalannya.
Kerana itu adalah pelengkap untuk bahagia.


Tuesday, February 4, 2014

Separatist line



Sesungguhnya kita ini kepunyaan Tuhan.
Dan pada Dia kita akan dipulangkan.

Time.
That’s the only matters become separatist line.