Pelangi itu
indah.
Untuk dijamu
pandang sepasang mata.
Dengan tujuh
jalur warna sempurna.
Tiada cela.
Indahnya
dia.
Bukan hanya
pada awal mahupun akhirnya saja.
Tapi disepanjang
perjalanannya.
Yang terhias
jalur warna berbeza.
Yang setiapnya
menjadikan pelangi itu paling indah di dada langit sana.
Walau untuk
hadirnya pelangi itu perlukan hujan panas yang membias cahaya.
Sepertinya
juga cinta.
Indah untuk
setiap hati manusia.
Walau untuk
hadirnya.
Tidak cukup
sekadar gelak dan tawa.
Riang dan
ria.
Tapi juga
dalam suka dan duka.
Tangis dan
hiba.
Biar
sempurna.
Tak pincang
pada jalur jalannya.
Kerana itu adalah
pelengkap untuk bahagia.

No comments:
Post a Comment