Pages

Friday, June 21, 2013

Biar


Terima kasih untuk segala jerih perih.
Terima kasih untuk segala kasih.

Walau segalanya tak mampu terbayar.
Dengan sepotong kata terima kasih.


Moga doa-doa yang dikirim.
Jauh dilaung hingga langit ke tujuh.
Moga aman disamping Tuhan.

Wednesday, June 19, 2013

Situ

Buat adinda-adinda yang bakal berpergian.
Meninggalkan bonda kesayangan dan kampung halaman.
Untuk membina tangga-tangga mencapai impian.

Biar jauh mana langkah kaki kau larikan.
Pesan bonda jangan dibiar sepi.
Jangan dibuang jauh akal budi.
Jangan dilontar tepi jati diri.

Ini.
Untuk kita.
Tak kira siapa.
---------------------------------------------

peringatan untuk kita2 yang menjauh dari mata
pesanan dari orang2 yang kasih dan cintakan kita--
moga tak lupa budi bahasa.

selamat tidak hilang sopan di dada.

---------------

jauh kau pergi beribu batu
ku harap lancar perjalananmu
jangan dilupa asal-usulmu

cuba kau renung ke dalam mataku
moga kau tembus pintu hatiku
bukti cintaku ada di situ

selama-lamanya
walau dah terputus jalannya
kau pergi
ku di sini tetap ada ikut sama

teguh kau pegang janjimu dulu
di tanah orang tunduk selalu
jangan dibuang budi ajarmu

bila kau rindu hangat kasihku
pejamkan saja harap bertemu
jauh pun mana aku di situ

selama-lamanya
walau dah terputus jalannya
kau pergi
ku di sini tetap ada ikut sama

Lirik & Lagu: Fynn Jamal & Tri Hadzir

Saturday, June 15, 2013

Berani + Takut

Hidup mesti berani.
Betul.
Tiada kompromi.

Tapi.
Dalam hidup juga.
Jangan jadi terlalu berani.

Ada ketika.
Perlu juga letak takut dalam diri.
Biar seimbang dalam hati.
Sebab yang diajar adalah bersederhana dalam segenap sisi.
Biar kita ada pergantungan diri pada Ilahi.

Thursday, June 13, 2013

#01

Kau sayang aku?

Soalan tu kau nak aku jawab macam mana?

Jawab je lah macam mana pun yang kau suka.

Memang lah. Tapi kau nak aku jawab macam mana? Nak aku jawab sebagai seorang kawan atau perempuan.

Ada beza ke?

Ada. Besar.

Aku nak dengar dua-dua jawapan sekali.

Tarik nafas. Hembus.
Tarik, hembus.
Jeda.

Bismillah..

Kalau kau nak aku jawab sebagai seorang kawan.
Aku jawab ya. Sebab aku kawan kau.
Kalau kau nak aku jawab sebagai seorang perempuan.
Aku jawap tak pasti. Sebab kau lelaki.

Dengan senafas jawapan diberi dengan mata pandang ke rumput dihujung kaki.

Jeda.

Jawapan nombor 2 tu, Aku tak faham. Tolong jelas.

Aku tak pandai nak explain. Kau pergi tanya orang lain.

Bangkit. Kaki dilarikan menjauh dari orang di sebelah kanan.
Tanpa sekali pun di toleh kan kepala kebelakang.
Terus. Jalan ke depan.




Tuesday, June 11, 2013

Tumblr

Ada yang ditulis di sini.
Adalah nukilan yang sama di Tumblr .

Maka.
Jangan sangsi dan prasangka.
Kerana yang menulis adalah orang yang sama.

Mungkin tiada pembaca.
Hanya sekadar ingatan dihari muka.

Spread love. Not hatred.

Redha



Redha tu.
Bukan sekadar kita cakap ‘Aku redha’.
Dan segala benda akan jadi seperti sedia kala.


Tak. Tak.
Sebab, hati tu.
Bukan mudah nak diubah rasa.
Macam kita tutup buka suiz lampu ikut suka.


Hati tu.
Perlukan ruang dan masa.
Untuk dirawat lukanya.

Monday, June 10, 2013

Semalam

Hujung minggu semalam.
Memenuhi undangan walimatul urus seorang kenalan.
Setingkatan waktu persekolahan.
Bertemu jodoh dengan rakan yang juga sama tingkatan.

Bertemu juga dengan kenalan lainnya.
Semua punya cerita.
Ada yang sudah berkeluarga.
Mendukung anak sebagai junior.
Ada juga yang masih sendirian.

Rindu pada memori zaman persekolahan.
Dari budak hingusan kita sama bertatih.
Dari tak kenal kita mesra bertepuk tampar.
Kalau dulu ada yang nakal.
Semalam ada yang sudah menjadi ibu dan bapa yang kental.

Sungguh.
Masa itu mampu merubah segala benda.
Dari tiada menjadi ada.
Dari mustahil menjadi mungkin.
10 tahun yang ditinggalkan dibelakang.
Hari ini kita sama-sama menjadi manusia.
Yang boleh dibanggakan.

Rindu terungkai bila semalam dah ditinggalkan.
Kembali menjadi kenangan.

Buat yang memeterai ikatan.
Moga kekal bersama selamanya hingga hujung nyawa.
Moga diberkati kehidupan berumahtangga.
Moga beroleh tenang dalam setiap jiwa-jiwa.
 
 

Tuesday, June 4, 2013

Tahu



Tuhan.
Kau yang paling tahu.
Apa yang aku mahu.

Kau yang paling tahu.
Apa yang ada di kalbu.

Kau yang paling tahu.
Perkara yang belum aku adu.

Kau yang paling tahu.
Tentang diri aku.

Dan.
Dengan segala pengetahuanMu itu.
Aku tahu.
Kau hanya beri apa yang aku perlu.
Kau hanya beri apa yang terbaik untuk aku.

Untuk aku. Pada tepatnya waktu.
menurut kehendakMu.
Bukan kemahuan aku.

Untuk itu.
Terima kasih.
Tuhanku.