Berdepan dengan turun naik kehidupan. Kadangkala membuat kita lemah. Letih. Penat. Putus asa. Dan segala macam lagi rasa yang tumbuh membunuh yakin diri.
Nasihat seorang teman yang terkesan. Membuat minda diketuk dan jiwa dijentik. Bahawasanya segala yang terjadi adalah takdir dan ketetapan Ilahi. Dia memberi segala yang terbaik untuk kita. Kehidupan kita. Tinggal lagi kita yang perlu merafak sembah sujud syukur pada Dia atas segala kurnia. Atas segala nikmat yang tiada nilai taranya.
Di nukil nasihat teman untuk perkongsian bersama:
----------------------------------------------------------------
Saya ambil contoh pengalaman saya sahaja...
Silap kita bila kita lihat orang yang senang, tapi kita tidak lihat mereka yang susah dari kita..
Kesenangan dia dah Allah tetapkan, sama ada ia beribadah atau tidak Allah tetap akan memberinya.. itu lah sifat ar Rahman.. Allah tetap akan memberi walaupun ia kafir..
Tapi Allah bagi sifat Ar Rahimnya hanya pada umat yg beriman kepada NYA di dunia dan akhirat..
Bentuk ujian pun adalah rahmatNya kepada orang beriman agar ia memperolehi sifat ar rahimNYA di akhirat nanti..
Berbeza pada mereka yang tak beriman.. sifat ar Rahim NYA tidak diberi kepada mereka..
Surah Ar Rahman ada jawapan di sana bagi mereka rasa tidak cukup dan rasa sentiasa di uji.. cuba tadabur setiap ayatNYA.. salah satunya yg bermaksud "Maka nikmat Tuhan mu yang mana kamu dustakan?"
Segala-galanya adalah nikmat, dikala sakit itu nikmat dalam menghapuskan dosa kecil kita, di kala susah adalah nikmat untuk mengingatiNYA, di kala senang adalah nikmat untuk kita bersyukur atas pemberianNYA..
Usah melihat manusia, lihatlah pada pencipta manusia tersebut.. mungkin Allah tengah mengujinya dengan kesenangan, sama ada ia ingat atau lupa kepadanya.. jangan lihat kesenangannya adalah kesenangan semata-mata...
Ujian paling berat bagi manusia apabila dia senang dia akan mudah lupa kepada penciptanNYA, berbanding mereka yang susah..
Aku pernah merasa susah, dan juga senang..
Kedua-duanya adalah ujian.. sama ada kita sabar atau bersyukur..
Jangan bergantung dengan usaha semata-mata, kerana usaha belum menjamin apa yg kita nak... Terapkan sifat tawakal bila melakukan sesuatu..
InsyaAllah pasti dipermudahkan...
Jangan berputus asa, teruskan usaha dan tawakal.. kerana Allah tidak suka pada orang yang berputus asa..
mungkin Allah tahan kesenangan kita, adalah untuk kebaikan kita juga dan mungkin kesusahan yang di beriNYA adalah untuk kebaikan kita juga..
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui." (Surah al-Baqarah:ayat 216)
Semoga Allah memberkati kamu sal.. teruskan berusaha dan tawakal..
Jaga rukun iman yg ke 6, kerana ramai manusia yang kecundang pada rukun iman ini... ketetapan Allah perlu kita redha...
Nasihat untuk diri saya sendiri dan juga rakan yang pernah saya kenali..
-----------------------------------------------------------------------------------
Menyentap tangkai hati.
Betapa tak bersyukurnya diri pada
nikmat-nikmat Ilahi.
Kecundang iman pada rukun ke 6.
Ingatan untuk diri.
Jangan kita tenggelam dalam
kesedihan yang panjang.
Allah itu tak membebankan.
Dia memudahkan.
Cuma kita yang degil nak fahamkan.
Terlalu yakin dengan usaha.
Sampai terlupa pada tawakkal yang
patut seiring jalan usaha.
Kerana pada akhirnya.
Kita akan sedari.
Kita ini hanyalah hamba.
Yang layak meminta-minta.
Pada Dia.
“Dan jika kamu menghitung nikmat
Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya
satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [16:18]
Nak dihitung nikmat dengan jari.
Memang tak cukup nak dihitung kira.
Maka nikmat Tuhan mu yang manakah
yang kamu dustakan?
Tiada. Nil. Zero.
Semuanya cukup Tuhan.
Tak ada terkurang.
Untuk kamu, sahabat.
Terima kasih untuk nasihat itu.
Itu amat bermakna buat aku.
Yang sedang tersungkur.
Dalam berjuang untuk meneruskan
kehidupan.
Untuk kamu.
Kamu tahu siapa kamu buat aku.
No comments:
Post a Comment