Segala-gala
apa yang kita ada dalam dunia.
Kalau bukan
kerana Tuhan punya kuasa.
Kalau bukan
kerana izin dan kehendak Dia.
Kita
hanyalah si miskin yang papa.
Yang tak ada
apa-apa.
Maka, jangan
sombong hidup atas dunia.
Jangan
menghina suka-suka.
Jangan
pandang rendah pada siapa-siapa.
Sebab yang
kita ada pun yang memberi itu semua adalah Dia.
Sedang kita.
Untuk punya rasa
bersyukur itu pun adalah rahmat Tuhan.

No comments:
Post a Comment