Untuk kita
tak bertanya dan pertikaikan apa yang dah terjadi.
Mari
sama-sama kita pasakkan dalam hati.
Bahawa:
Setiap
keadaan.
Terjadi
dengan izin dan kehendak Tuhan.
Mungkin
memang itu yang dah Tuhan takdirkan.
Dah tercatat
dalam kitab hidup kita sebelum kita dilahirkan.
Tiap-tiap
satu yang dah ditentukan.
Takdir.
Buat kita terima bulat-bulat tanpa bantahan.
Buat kita diam walau banyak yang nak kita suarakan.
Buat kita
tunduk dalam rasa ketidakadilan.
Takdir.
Jawapan
untuk setiap kenapa dan mengapa kita yang diuji Tuhan.
Doa itu
senjata sebagai benteng untuk bertahan.
Sabarlah
dalam menerima dan menanti ketentuan Tuhan.
Kesabaran
orang yang sabar Tuhan tak sia-siakan.

No comments:
Post a Comment