Pages

Tuesday, May 27, 2014

Ordinary

diam.
dan perlahan-lahan aku hadam.
ada rindu yang bergayut di pundak kecil hati yang aku pendam.
menghimpun dan kemudian luruh menjadi hujan.

dan dalam bisik-bisik kecil aku pada Tuhan.
aku harap kita baik-baik aja.
aku harap kita seperti 6 bulan sebelum segalanya bermula.
aku harap ada akhir yang indah untuk semua.
aku harap segalanya akan seperti yang kita rancang dari mula.
aku harap kau tak lupakan ‘kita’.

dan maaf juga.
kalau kau tak boleh rasa kasih sayang yang aku semai dan tanam untuk kita.
mungkin aku sudah lupa tekniknya.
mungkin belum cukup gembur tanahnya.
mungkin belum cukup kasih yang aku baja.
mungkin juga kerna terlalu lama ianya kontang tanpa rasa.

dan ingin aku kata.
juga mahu kau ingat sama.
aku tak mencari lelaki sempurna.
aku terima apa adanya.
dalam kurang dan lebihnya.
dalam lemah dan kuatnya.
dalam rajuk dan manjanya.
dalam diam dan marahnya.
dalam tawa dan hibanya.
aku tetap disisi tak berkurang seinci.

aku tak minta dilayan seperti puteri raja.
aku juga bukan bidadari syurga.
aku cuma perempuan biasa.
yang tersangat biasa.
yang tak perlukan perkara-perkara besar untuk kau buat aku jatuh cinta.
cukup dengan ucapan selamat dah membuat hati aku berbunga.

aku yang biasa-biasa.
juga mahu kau yang biasa-biasa.
kerana yang biasa-biasa itu tetap indah pada tempatnya.
tanpa bersandar pada apa-apa.
tapi cuma kita yang biasa-biasa untuk jadi luar biasa.
dan menjadi sempurna.

No comments: