Pages

Friday, July 5, 2013

Yang Baik #2

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik pun untuk perempuan yang baik."
(An Nur: 26)

Bila kita putus kasih,
Putus tunang atau yang sewaktu dengannya.
Orang selalu pujuk kita dengan kata-kata macam ni.


Betul.
Tak ada salahnya.
Malah wajib yakin dan percaya.


Tapi.
Sebelum itu.
Tanyakan dalam diri.

"Celah mana baiknya kita nak dapatkan yang baik??"
A big question that need to be answered by yourself.

Tak guna kita terpujuk dan percaya “Aku akan dapat yang lebih baik dari dia yang dah tinggalkan aku."
Tapi diri kita sendiri masih dekat tempat yang sama.
Masih dekat takuk lama. Masih lagi kita yang biasa-biasa.


Berubahlah.
Cari ‘baik’ dalam diri kita untuk dapat yang baik.
Bukan cuma tunggu yang baik itu datang depan mata kita.
Tapi kena pastikan juga, berubah kita itu bukan kerana manusia.
Baik atau tak yang akan kita dapatkan nanti.
Itu semua urusan Dia.


Yang penting, berubah kita itu untuk Dia.
Tuhan kita.
Putus cinta itu mungkin asbab untuk kita cari Dia.
Untuk kita lebih kenal Dia.
Untuk kita tundukkan ego depan Dia.


Janji Dia itu ada syarat.
Penuhi syarat, baru dilunas janjiNya.
Macam surat perjanjian juga yang ada "Terms and Condition"nya.

Mungkin apa yang dia janji tak sama dengan apa yang Dia dah ambil.
Tapi Dia ganti dengan benda yang lain.
Yang lebih baik dari apa yang kita dah hilang. 

Till then.

No comments: