Tuesday, July 30, 2013
Bahagia
Kita ni manusia.
Jangan letak makhluk dan harta dalam diri untuk kita rasa bahagia.
Contoh.
Aku akan bahagia bila ada anak.
Aku akan bahagia bila ada suami.
Aku akan bahagia bila kaya.
Aku akan bahagia bila dapat kerja best.
And the list go on..
Semua itu tak kekal.
Semua itu akan lupus.
Harta yang kita cari hanya sebagai warisan.
Makhluk yang kita cinta juga akan mati bila sampai masa.
Dan macam mana kita nak bahagia dengan bergantung pada sesuatu yang akan luput dari kita?
Itu semua nikmat Tuhan yang kita patut syukurkan.
Itu semua juga ujian Tuhan yang harus kita sabar dan redhakan.
Cuba letak bahagia tu pada tempat sepatutnya.
Pada yang kekal
Barulah hati ni tak kecewa.
Barulah dapat diterima segala benda dengan berlapang dada.
Ada kisahnya,
seorang perempuan yang dah berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat baik, penyanyang. Tapi sayang si suami mandul. Tak mampu nak memberinya zuriat. Si isteri mohon bercerai kerana dia inginkan seorang anak yang boleh menjadikannya seorang ibu dan merasai bahagia dengan memiliki anak. Ditakdirkan Allah dia berkahwin dengan menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki dan mempunyai anak. Tetapi si suami seorang yang pemarah, panas baran dan sering memukulnya.
Dan terpacullah dari mulutnya ‘dulu aku bahagia walaupun tak ada anak, berbanding sekarang, aku sengsara.’
Dan menyesalnya perempuan ini kerana meninggalkan suaminya yang mandul itu.
Allah itu sebaik-baik perancang, kan?
Allah tahu apa yang terbaik buat kita semua.
Moga ada iktibar dan renungan.
Till then.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment